Deutschland online bookmaker http://artbetting.de/bet365/ 100% Bonus.

Maklumat Logo

alamin-logo

LOGO AL-AMIN

Nama Al-Amin: Nama institusi ini diambil dari gelaran yang diberikan kepada Rasulullah S.A.W kerana sifatnya yang amanah. Bentuk Bulat: Logo yang berbentuk bulat melambangkan Islam yang syumul (universal). Warna biru pada bulatan luar merupakan warna rasmi sekolah yang melambangkan kecintaan kepada Allah dan Rasul. Warna hijau pada bulatan kecil pula melambangkan kemegahan Islam. Kaabah: Kaabah adalah sebagai lambang wehdah ummah dalam aspek ketauhidan dan pengibadatan. Warna putih dan kelabu pada kaabah melambangkan tujuan hidup manusia adalah untuk beribadat kepada Allah tanpa mengira waktu siang dan malam. Tulisan Iqra’: Tulisan Iqra’ yang tertera di atas Al-Quran membawa erti ‘baca’ – menekankan kepentingan menuntut ilmu yang membawa kepada keimanan dan kebaikan di dunia dan akhirat sebagaimana yang disebut dalam surah Al-Alaq. Al-Quran: Al-Quran yang terbuka membawa erti generasi yang hendak dibina oleh Al-Amin adalah generasi yang menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk dan pegangan hidup yang abadi. Warna putih pada Al-Quran melambangkan fitrah kanak-kanak yang dibentuk suci bersih.

Download Template Joomla 3.0 free theme.

Statistik Pengunjung

Hari ini: 59
Minggu Ini: 59
Bulan Ini: 944
Bulan Kemarin: 3132
Total: 1071381

Hubungi Al-Amin

Hubungi Kami untuk sebarang soalan atau pertanyaan.

  • Hot line: 03-6178 0884