Deutschland online bookmaker http://artbetting.de/bet365/ 100% Bonus.

Metodologi Pengurusan

PENGURUSAN STRATEGI DAN PRESTASI PPAA MENGGUNAKAN METODOLOGI BSC

‘Balanced Scorecard’ atau lebih dikenali sebagai BSC merupakan satu metodologi pengurusan strategi dan prestasi sesebuah organisasi. Kejayaan metodologi ini telah terbukti oleh syarikat dalam dan luar negara. Institusi Al-Amin mengorak langkah untuk menerajui penggunaan metodologi ini untuk mengurangkan ‘gap’ di antara hala tuju Institusi dengan implementasi strategi yang sebenarnya diperingkat sekolah-sekolah. Metodologi ini akan dapat memperkemaskan pengurusan prestasi pekerja dan juga pelajar.

pta-bsc
Rujuk kepada gambar rajah di atas. Salah satu elemen penting dalam BSC ialah pembangunan peta strategi yang merupakan alat bantu bagi pengurusan berkongsi hala tuju syarikat dengan memberi tumpuan bukan hanya kepada kejayaan dalam perspektif keawangan sahaja tetapi juga dalam dalam perspektif lain iaitu pelanggan, proses dalaman dan juga pembelajaran dan pembangunan organisasi. Peta strategi Institusi Al-Amin merupaka satu alat komunikasi kepada pekerja, ibubapa, pelajar dan masyarakat luar akan kemana arah tuju dan bagaimana untuk mencapai arah tuju tersebut.



Setiap objektif strategi di dalam peta strategi Institusi Al-Amin di kenalpasti satu atau lebih ukuran prestasi yang dipanggil Key Performance Indicator (KPI). Rujuk kepada scorecard Institusi Al-Amin untuk maklumat terperinci KPI yang di kawal selia oleh pihak lembaga Institusi Al-Amin untuk menentukan prestasi yang lebih cemerlang.

Jadual di bawah memaparkan contoh KPI di dalam scorecard Institusi Al-Amin bagi perspektif pelanggan dan kewangan yang di kawal selia dan dilaporkan kepada pihak lembaga PPAA. Scorecard Institusi Al-Amin sebenar merangkum empat perspektif iaitu pelanggan, kewangan, proses dalaman pendidikan dan juga pembelajaran dan pembangunan organisasi.

bsc1


Untuk mengawal selia prestasi pencapaian KPI, laporan berdasarkan scorecard Institusi Al-Amin di bentangkan kepada mesyuarat lembaga PPAA pada setiap suku tahun.

Dengan metodologi BSC ini, pihak pengurusan dapat mengurus implementasi strategi institusi dengan lebih berstruktur. Penggunaan KPI dengan sasaran yang tulus dan jelas dapat mendorong sokongan dari pihak staf, ibubapa dan pelajar.

Download Template Joomla 3.0 free theme.

Statistik Pengunjung

Hari ini: 59
Minggu Ini: 59
Bulan Ini: 944
Bulan Kemarin: 3132
Total: 1071381

Hubungi Al-Amin

Hubungi Kami untuk sebarang soalan atau pertanyaan.

  • Hot line: 03-6178 0884