Deutschland online bookmaker http://artbetting.de/bet365/ 100% Bonus.

Articles

Isu-Isu Pendidikan Semasa

Berikutan dengan beberapa keputusan yang dikeluarkan oleh KPM baru-baru ini, perjalanan P&P di SRI Al Amin dan SMI Al Amin turut terkesan.

SRI AA berhadapan dengan persiapan untuk melaksanakan PPSM dalam Bahasa Melayu manakala SMI AA perlu membuat penyesuaian jadual waktu untuk penambahan masa bagi subjek Bahasa Inggeris disamping menyusun jadual bagi tingkatan empat untuk memuatkan sepuluh subjek bagi tahun hadapan. Sehubungan dengan itu, PPAA merasakan beberapa perkara perlu diberi pertimbangan.

PPSM dalam Bahasa Melayu

PPAA berharap perjuangan untuk mengembalikan PPSM ke dalam Bahasa Melayu tidak terhenti setakat itu sahaja. Usaha berikutnya ialah menyeru pihak-pihak berwajib untuk memperbanyakkan bahan atau sumber rujukan dalam Bahasa Melayu. PPAA berpandangan PPSM bukan setakat untuk lulus peperiksaan sahaja tetapi PPSM mesti mampu untuk menanam minat serta membuka minda kepada perkara-perkara yang lebih mencabar dalam Sains dan Matematik. Oleh kerana itu, adanya buku teks dan buku ulangkaji sahaja dalam Bahasa Melayu adalah tidak mencukupi. Disamping itu, usaha penterjemahan mesti lebih berhati-hati supaya pandangan alam yang bertentangan dapat ditangani dengan menawarkan alternatif yang lebih tepat.

Wajib Lulus Bahasa Inggeris

PPAA menerima baik keputusan ini memandangkan pelajar-pelajar lemah atau gagal selama ini, berpeluang untuk diberi perhatian yang lebih khusus dalam P&P supaya membolehkan mereka untuk lulus sekurang-kurangnya. Walau bagaimana pun, PPAA berharap pelajar sederhana dan cemerlang akan terus mendapat lonjakan dan tidak terabai. Keperluan kumpulan ini perlu dilihat dari aspek penguasaan dan berasa selesa untuk menggunakannya pada bila-bila masa atau ketika.

10 Matapelajaran untuk SPM

Sesebuah sekolah dikenali dengan sekolah agama adalah kerana sekolah itu menawarkan pilihan subjek Pengajian Islam melebihi daripada yang ditawarkan oleh sekolah nasional. Usaha ini bertujuan supaya pelajar-pelajar dapat menguasai ilmu yang berkaitan dengan pegangan agamanya dengan lebih mendalam dan terperinci. Oleh kerana itu PPAA khususnya, mewajibkan subjek Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan al Qur’an dan Sunnah serta Pengajian Syariah Islam bagi pelajar-pelajar menengah atas. Di samping itu, PPAA berpandangan bahawa pelajar-pelajar tidak harus di juruskan terlalu awal. Ini kerana peluang yang ditawarkan oleh IPT di dalam dan di luar Negara memberi ruang kepada pelajar-pelajar untuk mempunyai banyak pilihan. Disamping itu, kecenderungan pelajar-pelajar selepas PMR masih belum dapat ditentukan lagi. Oleh kerana itu, PPAA menawarkan pakej dwi-pilihan seperti Pengajian Islam & Sains Tulin, Pengajian Islam & Sastera Ikhtisas, serta Pengajian Islam & Sains Teknologi untuk memberi peluang bagi pelajar menpunyai pilihan yang secukupnya disamping memberi pendedahan kepada bidang ilmu yang lebih luas. Berdasarkan dwi-pilihan yang ditawarkan, jumlah matapelajaran adalah seperti berikut :

 
 Pengajian Islam & Sains Tulin

4 (Teras) + 3 (PI) + 4 (Sains & MT) = 11 matapelajaran
Pengajian Islam & Sastera Ikhtisas

5 (Teras) + 3 (PI) + 3 (Ekonomi Asas & Perdagangan & MT)
Pengajian Islam & Sains Teknologi

4 (Teras) + 3 (PI) + 4 (Sains & MT & Perakaunan)
 

Berdasarkan kombinasi di atas, untuk Sekolah Agama yang menawarkan dwi pilihan, pelajar-pelajar perlu mengambil 11 matapelajaran sekurang-kurangnya.

Disediakan oleh:

Dr Hajah Nor Zalmiah bt Jahidin
Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum
Pusat Pendidikan Al-Amin

Download Template Joomla 3.0 free theme.

Statistik Pengunjung

Hari ini: 32
Minggu Ini: 536
Bulan Ini: 1817
Bulan Kemarin: 2419
Total: 1064270

Hubungi Al-Amin

Hubungi Kami untuk sebarang soalan atau pertanyaan.

  • Hot line: 03-6178 0884