Deutschland online bookmaker http://artbetting.de/bet365/ 100% Bonus.

Articles

KONVENSYEN KUMPULAN PPAAB

Terkini : 16hb Ogos 2014 ; Sabtu

Bismillah.

Assalamualaikum wbt, Alhamdulillah..
Syukur kepada Allah SWT krn buat julung kalinya diizinkan olehNya untuk kami mengadakan satu majlis iaitu KONVENSYEN KUMPULAN PPAAB yang telah diadakan di GRAND SEASONS HOTEL pada 16hb Ogos 2014.

Konvensyen bermula pada jam 8pg dan berakhir jam 5 ptg.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengerusi PPAAB, Tn Hj Shaharom Md Shariff. Majlis dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah dan Lembaga Pengelola PPAAB, Ahli Lembaga Pengarah SRIAACS dan SMIAABM, Pengerusi PIBG SMIAAG, CEO Al- Ameen Eduniaga.

Antara peserta konvensyen yang terlibat ialah semua kakitangan Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak, Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak, Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kuala Lumpur, Sekolah Rendah Islam Al-Amin wangsa Maju, Smi Al-Amin Bestari D'Merlimau Melaka, Sekolah Rendah Islam al-Amin Cheras selatan, Al-Ameen Eduniaga dan Al-Amin Edu oasis.

Objektif Konvensyen Kumpulan PPAAB 2014 pada kali ini adalah bertujuan untuk :

a) Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada kakitangan yang setia berkhidmat selama lebih 20 tahun.

b) Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada kakitangan yang setia berkhidmat selama lebih 10 tahun.

c) Memberi anugerah pencapaian cemerlang kepada kakitangan yang telah memperoleh prestasi cemerlang dan dinilai pada januari 2014 - jun 2014; dan

d) Mendapatkan maklumat dan pembentangan khusus daripada beberapa orang ALP serta perkongsian daripada guru besar dan pengetua.

Diraikan 28 orang guru dan staf yang setia berkhidmat lebih 20 tahun dan seramai 53 orang guru dan staf yang setia berkhidmat lebih 10 tahun serta 10 orang guru/staf yang mendapat anugerah cemerlang.

Selain itu, Konvensyen yang telah diadakan ini dilihat sebagai satu usaha untuk meningkatkan semangat kerja dan penambahbaikan bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti di sekolah. Penganjuran Konvensyen ini dilihat dapat membina semangat dan akan menjadi pemangkin kepada kakitangan yang baru berkhidmat untuk lebih cekap dan berkesan dalam memikul amanah serta menghasilkan outcome yang lebih baik.

Ini merupakan satu anjakan paradigma dan transformasi ke arah pencetusan inovasi dalam perkhidmatan . Justeru diharapkan agar konvensyen ini menjadi platform dan wasilah transformasi serta pemangkin ke arah pengurusan yang lebih baik dan insyaAllah lebih ramai kakitangan yang berpotensi, cemerlang, setia berkhidmat yang akan diketengahkan melalui konvensyen seperti ini pada masa akan datang. InsyaAllah.

TAHNIAH KEPADA SEMUA!!

Wassalam

 

 

 

Download Template Joomla 3.0 free theme.

Statistik Pengunjung

Hari ini: 32
Minggu Ini: 536
Bulan Ini: 1817
Bulan Kemarin: 2419
Total: 1064270

Hubungi Al-Amin

Hubungi Kami untuk sebarang soalan atau pertanyaan.

  • Hot line: 03-6178 0884