masshead-srmiaabm

1s van pemenang catur1

Deutschland online bookmaker http://artbetting.de/bet365/ 100% Bonus.

MAKLUMAN PENTING

 
 
Assalamualaikum wbt
 
Makluman penting buat semua,
 
Talian telefon di sekitar Gombak mengalami sedikit masalah,
para ibu bapa dan pengunjung Al-Amin (khususnya Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad, Gombak) tidak dapat menghubungi kami dalam masa yang terdekat,
 
Sekiranya ada maklumat penting, sila emelkan ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 
mohon maaf atas sebarang kesulitan
 
Yang terlibat :
 
Pejabat Kewangan & Pentadbiran
Sek Ren Islam Al-Amin Gombak
Sek Men Islam Al-Amin Gombak

JOB VACANCY : AL-AMIN TROPICANA SCHOOL (secondary)

 
AL-AMIN TROPICANA SCHOOL (secondary)

CAREER OPPORTUNITIES


Pusat Pendidikan Al-Amin invites applications from qualified, experienced, dynamic and motivated candidates for a new secondary school in the vicinity of Sungai Buloh area. 

PRINCIPAL :

1. Minimum teaching experience of 5 years in secondary school
2.Knowledgeable in managing IGCSE.
3. Possess a minimum qualification of Bachelor Degree/ Master.
4. Preferably with Diploma in Education.
5. Fluent in English and proficient in Arabic or other foreign language(s).

Interested candidates may apply online; CLICK HERE
For any enquiries, please contact 03-6178 0884 / 03-6186 9577 (Mrs Nor jannah)

AAEN - JAWATAN KOSONG

 

JAWATAN KOSONG DI AL-AMEEN EDU NIAGA SDN BHD

 
1) Tukang Masak 
 
           - Boleh memasak dalam kuantiti yang banyak
           - Mempunyai pengalaman yang luas dalam memasak
           - Boleh memasak perlbagai menu masakan
           - Rajin dan berdisiplin dalam bekerja
           - Boleh bekerja lebih masa
 
2) Pembantu Tukang Masak
 
          - Boleh memasak
          - Akan menggantikan tukang masak sekiranya tukang masak cuti
          - Boleh memasak perlbagai menu masakan
          - Rajin dan berdisiplin dalam bekerja
          - Boleh bekerja lebih masa
 
3) Krew Kantin
 
          - Rajin dan berdisiplin dalam bekerja
          - Boleh bekerja lebih masa
            (lepasan SPM atau tiada pengalaman digalakkan memohon)
 
4) Pemandu cum Krew Katering
 
          - Rajin dan berdisiplin dalam bekerja
          - Boleh bekerja lebih masa
          - Mempunyai Lesen GDL yang sah
          - Mempunyai pengetahuan dalam penggunaan kenderaan
 
5) Eksekutif Pemasaran & Jualan
 
          - Mempunyai latar belakang pemasaran dan jualan 
          - Berpengetahuan dalam menggunakan Adobe Photoshop / Adobe         Illustrator
          - Mempunyai kenderaan sendiri
          - Mempunyai idea yang kreatif
          - Seorang yang aktif dan bergerak pantas
          (Fresh Graduate sangat digalakkan memohon)
 
6) Pembantu Akaun
 
          - Mempunyai latar belakang perakaunan diploma/sijil
          - Berpengetahuan dalam menggunakan sistem perakaunan MYOB      
          - Mempunyai kenderaan sendiri
          - Boleh bekerja lebih masa
          (Fresh Graduate sangat digalakkan memohon)
 
***
 
Al-Ameen Edu Niaga Sdn Bhd
No.271-A, Jalan Bandar 11
Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
Tel: 03-41053703 / 3731

 

JAWATAN KOSONG : AL-AMIN EDU OASIS

 

Assalamualaikum wbt

 

Al Amin Edu Oasis (AAEO) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat kami. Maklumat kekosongan adalah seperti berikut :

 

Nama Jawatan  : Eksekutif Latihan dan Pembangunan Modal Insan

Taraf jawatan    : Tetap

Lokasi               : Taman Melawati, Kuala Lumpur

 

Syarat permohonan:


1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perniagaan/ Pentadbiran/ Sumber Manusia/ Pemasaran/ Perakaunan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau swasta; atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
2. Cekap menggunakan aplikasi Adobe Photoshop;
3. Berpengetahuan mengendalikan website Jomlaa;
4. Mahir berbahasa Inggeris;
5. Memiliki kenderaan sendiri;
6. Dinamik, proaktif dan boleh bekerja dalam kumpulan.

 

Skop kerja:


1. Merangka modul program dan kertas kerja latihan, kursus dan pengurusan acara;
2. Menganjurkan dan mengendalikan latihan, kursus dan pengurusan acara;
3. Menyediakan poster dan membuat pemasaran bagi setiap latihan, kursus dan pengurusan acara yang akan dijalankan;
4. Menghebahkan maklumat kursus dan latihan kepada sasaran peserta;
5. Menyediakan laporan bagi setiap latihan, kursus dan pengurusan acara yang dianjurkan;
6. Menjalankan tugas yang berkaitan dengan penuh beretika.

 

Jika berminat, sila hantar resume anda ke: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  SEBELUM 27 JANUARI 2017 (JUMAAT).

 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Husni Hanis di talian: 03-4105 3703.

 

Senarai pendek akan dihubungi untuk panggilan temuduga.

 

PPAAB TERIMA TETAMU STAIN KEDIRI

 

16HB November 2016 - 18HB November 2016 ; 

Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad (PPAAB) telah menerima kunjungan daripada Kementerian Agama Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri, STAIN KEDIRI.

Kunjungan terdiri daripada Dr Anis Humaidi, Dr Munifah, Dr Shamsul Huda dan Dr Ahmad Subakir.

Tujuan kehadiran daripada nun jauh di seberang adalah untuk membuat sedikit perincian dan kajian tentang Sekolah-sekolah di bawah Pusat Pendidikan Al-Amin berhad.

 

Alhamdulillah, kunjungan diraikan dan disambut oleh Yang dihormati Tn Hj Shaharom Md Shariff ; Pengerusi Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad. Selain itu, semua Guru Besar dan Pengetua juga turut sama meraikan para tetamu.

Bertempat di Bilik Mesyuarat PPAAB, Tn Hj Shaharom memulakan perbincangan dengan menerangkan serba sedikit tentang visi,misi, serta latar belakang Pusat Pendidikan Al-Amin.

InsyaAllah semoga segala perkongsian idea dan maklumat mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah SWT.

 

Terima kasih kepada tetamu yang sudi hadir.

 

Download Template Joomla 3.0 free theme.

Statistik Pengunjung

Hari ini: 103
Minggu Ini: 553
Bulan Ini: 1438
Bulan Kemarin: 3132
Total: 1071875

Hubungi Al-Amin

Hubungi Kami untuk sebarang soalan atau pertanyaan.

  • Hot line: 03-6178 0884