masshead-srmiaabm

1s van pemenang catur1

Deutschland online bookmaker http://artbetting.de/bet365/ 100% Bonus.

Debat Musleh 2009

debat-smiaagSekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak (SMIAAG) muncul juara Kejohanan Debat Antarabangsa Pelajar MUSLEH 2009 kategori

Bahasa Melayu setelah menewaskan Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru (SMIH JB) pada perlawanan akhir yang diadakan di Hotel Putra di sini hari ini. Aktiviti Kokurikulum Sekolah-Sekolah Swasta 2009 peringkat kebangsaan. Dengan usul yang dibahaskan bertajuk “Pemansuhan PPSMI Adalah Wajar”, para pendebat SMIAAG yang bertindak sebagai kerajaan yang terdiri daripada Khalilah Alhuda Kamilen, Nurazlina Azizi, Nur Diyana Nas Tamimi dan Nabil Afham M Fuad telah berjaya menarik perhatian juri, seterusnya membawa pulang Piala Pusingan Kejohanan, trofi serta wang kemenangan berjumlah RM500.00.

Tambah manis bagi SMIAAG apabila pendebatnya Khalilah Alhuda telah dipilih sebagai pendebat terbaik dalam perlawanan akhir tersebut.

SMIH JB yang membariskan Ili Syazwani Shairi, Nur Liyana Zakaria, Ilham Nasharuddin dan Abdullah Zubayr Mohd Azaini pula selaku naib johan meraih hadiah wang kemenangan sebanyak RM300.00 serta trofi.

Dalam kategori Bahasa Inggeris, SMIAAG sekadar menjadi naib juara setelah tumpas kepada SRI Ayesha Islamic School pada perlawanan akhir yang mengetengahkan usul “Indonesia Should Not Stop Sending Their Maid to Malaysia”.

SRI Ayesha Islamic School dengan para pendebatnya iaitu Nur Sakeenah Md. Riza, Sharifah Zafirah Jamallail Syed Zainal Abidin, Abd Rahman Seiz dan Wan Nur Fareeha Wan Ahmad Fauzi yang bertindak sebagai kerajaan menggondol Piala Pusingan Kejohanan, trofi serta wang kemenangan sebanyak RM500.00.

Selaku naib juara, SMIAAG yang terdiri daripada Tengku Amirah Tengku Johari, Affan Torla, Adibah Baniah Awang dan Ali Uthman meraih wang kemenangan berjumlah RM300.00 serta trofi.
Namun, kehampaan SMIAAG sedikit terubat apabila pendebatnya Adibah Baniah diumumkan sebagai pendebat terbaik perlawanan akhir.

Manakala dalam kategori Bahasa Arab, kehadiran Madrasah Aljunied Al-Islamiah daripada Singapura nyata berbaloi apabila mereka muncul juara setelah mengecewakan SMIH JB pada perlawanan akhir.

Kejohanan Debat Antarabangsa Musleh 2009 ini telah dirasmikan penutupannya oleh Yang Berbahagia Datuk Zamani Sulaiman, Setiausaha Dewan Negara Parlimen Malaysia. Beliau turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Kejohanan yang julung-julung kali dianjurkan oleh Pusat Pendidikan SRI-SMI Berhad (MUSLEH) ini telah berjaya menarik menyertaan hampir 20 buah sekolah Islam dari seluruh negara dengan menampilkan pelbagai tema yang merangkumi isu-isu politik, ekonomi, alam sekitar, sosial, kesihatan dan pendidikan.

Kejohanan yang mendapat kerjasama daripada Rangkaian Pendidikan Islam (RAPI) serta International Centre For Educational Excellence (ICEE) ini turut diserikan dengan dua sekolah jemputan dari luar negara iaitu SMP Internat Al Kausar, Sukabumi dari Jawa Barat, Indonesia serta Madrasah Aljunied Al-islamiah dari Singapura.

Kejohanan ini dianjurkan bertujuan untuk menjadi medan bagi membentuk sifat yakin diri para pendebat melalui kemampuan berhujah dan mempertahankan hujah dengan cara beradab, penuh berhikmah dan boleh diterima pihak lawan. Dari situ mudah-mudahan akan lahir barisan pimpinan negara pada masa akan datang yang beriman, berilmu, berkemampuan dan berakhlak tinggi.


Di samping itu, kejohanan ini juga menjadi medan pertemuan, perbincangan dan perkongsian pengalaman antara penyelidik, penggiat, pengusaha dan pihak yang berkepentingan dalam sistem pendidikan Islam negara dan serantau.

Pendaftaran Pelajar

stud1Ibu Bapa yang berminat mendaftar anak ke sekolah kelolaan PPAAB dengan hormatnya dijemput membuat permohonan secara 'on line' menggunakan SPS di bahagian 'e-waris'. Selain dari itu, tuan/puan juga boleh membuat permohonan dengan cara mengisi borang di pejabat SMIAA, SRIAAG atau SRIAAKL. Permohonan Tahun 1 sesi 2010 dibuka bermula Januari 2009 sehingga 31 Mei 2009 manakala Tingkatan 1 sesi 2010 dibuka bermula 1 Januari 2009 sehingga 30 Ogos 2009.

Sekian, terima kasih.

Pendaftaran Alumni PPAAB

alumniyPPAAB mengalu-alukan semua bekas pelajar Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak, Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak dan Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kuala Lumpur untuk mendaftar menjadi ahli Alumni PPAA dengan menghantar butir-butir peribadi seperti di bawah ke pejabat sekolah SMIAA atau e-mail kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

1. Nama :

2. Generasi (Batch) Al-Amin ke :

3. Tahun Mula Pengajian di Al Amin:

Tahun Tamat Pengajian di Al Amin:

4. Alamat Surat Menyurat:
5. Alamat Tetap:
6. Email:
7. Nombor Telefon Bimbit:
8. Blog/website:
9. Pekerjaan sekarang:
10. Institusi pelajaran selepas Al Amin
11. Status Perkahwinan:
12. Nama Isteri:

13. Nama Anak (Jika Ada) :

Isu Isu Pendidikan Semasa

pelajar123Berikutan dengan beberapa keputusan yang dikeluarkan oleh KPM baru-baru ini, perjalanan P&P di SRI Al Amin dan SMI Al Amin turut terkesan. SRI AA berhadapan dengan persiapan untuk melaksanakan PPSM dalam Bahasa Melayu manakala SMI AA perlu membuat penyesuaian jadual waktu untuk penambahan masa bagi subjek Bahasa Inggeris disamping menyusun jadual bagi tingkatan empat untuk memuatkan sepuluh subjek bagi tahun hadapan. Sehubungan dengan itu, PPAA merasakan beberapa perkara perlu diberi pertimbangan.
PPSM dalam Bahasa Melayu

PPAA berharap perjuangan untuk mengembalikan PPSM ke dalam Bahasa Melayu tidak terhenti setakat itu sahaja. Usaha berikutnya ialah menyeru pihak-pihak berwajib untuk memperbanyakkan bahan atau sumber rujukan dalam Bahasa Melayu. PPAA berpandangan PPSM bukan setakat untuk lulus peperiksaan sahaja tetapi PPSM mesti mampu untuk menanam minat serta membuka minda kepada perkara-perkara yang lebih mencabar dalam Sains dan Matematik. Oleh kerana itu, adanya buku teks dan buku ulangkaji sahaja dalam Bahasa Melayu adalah tidak mencukupi. Disamping itu, usaha penterjemahan mesti lebih berhati-hati supaya pandangan alam yang bertentangan dapat ditangani dengan menawarkan alternatif yang lebih tepat.

Wajib Lulus Bahasa Inggeris

PPAA menerima baik keputusan ini memandangkan pelajar-pelajar lemah atau gagal selama ini, berpeluang untuk diberi perhatian yang lebih khusus dalam P&P supaya membolehkan mereka untuk lulus sekurang-kurangnya. Walau bagaimana pun, PPAA berharap pelajar sederhana dan cemerlang akan terus mendapat lonjakan dan tidak terabai. Keperluan kumpulan ini perlu dilihat dari aspek penguasaan dan berasa selesa untuk menggunakannya pada bila-bila masa atau ketika.

10 Matapelajaran untuk SPM

Sesebuah sekolah dikenali dengan sekolah agama adalah kerana sekolah itu menawarkan pilihan subjek Pengajian Islam melebihi daripada yang ditawarkan oleh sekolah nasional. Usaha ini bertujuan supaya pelajar-pelajar dapat menguasai ilmu yang berkaitan dengan pegangan agamanya dengan lebih mendalam dan terperinci. Oleh kerana itu PPAA khususnya, mewajibkan subjek Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan al Qur’an dan Sunnah serta Pengajian Syariah Islam bagi pelajar-pelajar menengah atas. Di samping itu, PPAA berpandangan bahawa pelajar-pelajar tidak harus di juruskan terlalu awal. Ini kerana peluang yang ditawarkan oleh IPT di dalam dan di luar Negara memberi ruang kepada pelajar-pelajar untuk mempunyai banyak pilihan. Disamping itu, kecenderungan pelajar-pelajar selepas PMR masih belum dapat ditentukan lagi. Oleh kerana itu, PPAA menawarkan pakej dwi-pilihan seperti Pengajian Islam & Sains Tulin, Pengajian Islam & Sastera Ikhtisas, serta Pengajian Islam & Sains Teknologi untuk memberi peluang bagi pelajar menpunyai pilihan yang secukupnya disamping memberi pendedahan kepada bidang ilmu yang lebih luas. Berdasarkan dwi-pilihan yang ditawarkan, jumlah matapelajaran adalah seperti berikut :


Pengajian Islam & Sains Tulin

4 (Teras) + 3 (PI) + 4 (Sains & MT) = 11 matapelajaran
Pengajian Islam & Sastera Ikhtisas

5 (Teras) + 3 (PI) + 3 (Ekonomi Asas & Perdagangan & MT)
Pengajian Islam & Sains Teknologi

4 (Teras) + 3 (PI) + 4 (Sains & MT & Perakaunan)

Berdasarkan kombinasi di atas, untuk Sekolah Agama yang menawarkan dwi pilihan, pelajar-pelajar perlu mengambil 11 matapelajaran sekurang-kurangnya.

Gotong Royong Perdana

gotong royongPada 15 Ogos 2009 telah berlangsung Program Gotong Royong Perdana anjuran bersama PIBG SMIAA dan SRIAAG yang dirasmikan oleh Y.B Dato' Dr Hasan Mohamed Ali, Adun Gombak Setia. Program yang bermula seawal 7.30 pagi sehingga 4.00 petang tersebut berjalan dengan lancar. PPAAB merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Y.B Dato' Dr Hasan Mohamed Ali sebagai tetamu kehormat, PIBG SMIAA,PIBG SRIAAG, ibubapa, guru-guru dan para pelajar yang hadir memberikan komitmen mereka.

Download Template Joomla 3.0 free theme.

Statistik Pengunjung

Hari ini: 94
Minggu Ini: 183
Bulan Ini: 1828
Bulan Kemarin: 2260
Total: 1061862

Hubungi Al-Amin

Hubungi Kami untuk sebarang soalan atau pertanyaan.

  • Hot line: 03-6178 0884