SMIAABM

Taklimat Pekerti Al-Amin dan UPSR

Pada 11 JAN 2014, Taklimat Pekerti Al-Amin Dan UPSR telah diadakan di Dewan Serbaguna Al-Amin. Kehadiran ibu bapa Tahun 6 lebih kurang seramai 80 orang.

Antara pengisiannya, Dimulakan dengan taklimat daripada Guru Besar SRIAAG (Puan Nazariah Abdul Rahman) dan juga Taklimat PK Kurikulum (Mlmh. Rulina Mustafa).

Selain itu perlantikan AJK Kelab Kelas Tahun 6 (KKD 6) 2014. Alhamdulillah, pemilihan kali ini menyaksikan ramai ibu bapa menawarkan diri untuk menjadi AJK. En. Rayyan telah sebulat suara dilantik sebagai Pengurusi KKD 6.