masshead-srmiaabm

1s van pemenang catur1

Deutschland online bookmaker http://artbetting.de/bet365/ 100% Bonus.

SMIAABM

Ucapan Guru Besar SRIAAG 2014

alt

Assalamualaikum wrt.

Alhamdulillah, segala puji-pujian dipanjatkan kepada Allah, selawat dan salam bagi junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli-ahli keluarga serta para sahabat baginda dan para pengikutnya yang terus berjuang menegakkan kebenaran.

Ibu bapa Al-Amin yang dihormati,

Tahniah diucapkan kerana anak-anak tuan puan telah terpilih sebagai anak didik Al-Amin dan tuan puan telah menjadi sebahagian ahli keluarga besar Al-Amin. Sesungguhnya anak-anak merupakan amanah yang besar dari Allah SWT untuk dibentuk dan dididik supaya menjadi seorang hamba yang tunduk dan patuh kepada Penciptanya. Oleh itu, penggembelingan kerjasama, persefahaman, tolak ansur, semangat ukhuwwah dan berpesan –pesan ke arah kebenaran dan kesabaran sangat diperlukan dari kedua-dua pihak yang terlibat dalam memastikan proses pentarbiyahan anak-anak dapat dilakukan dengan jayanya. Tuan puan boleh bersama-sama pihak sekolah dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab Kelas dan PIBG. Kehadiran tuan puan dalam program yang diatur oleh pihak sekolah juga sangat kami hargai. Sokongan tuan puan dalam bentuk tenaga pakar, material dan kewangan sangat dialu-alukan oleh pihak sekolah. Marilah kita beramal sebagai satu pasukan yang mantap dan berterusan berusaha bersungguh-sungguh untuk membuktikan bahawa misi sekolah iaitu “Melahirkan Pelajar Soleh wa Musleh” dapat direalisasikan dengan jayanya.

Murid-murid Al-Amin yang dikasihi,

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Datang kepada murid-murid tahun 1 Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak. Semoga kehadiran antum menyemarakkan lagi suasana pembelajaran dan penghayatan amal Islami dalam rangka membentuk diri menjadi insan soleh wa musleh. Tidak lupa juga ucapan Selamat Datang ditujukan kepada semua murid tahun 2-6 dan tahniah kerana antum diberikan peluang seterusnya untuk kembali menimba ilmu dan memantapkan amal di gedung ilmu Al-Amin. Semoga antum menjadi contoh yang terbaik untuk adik-adik tahun 1. Peluang yang diberikan untuk menimba ilmu dan mentarbiyah diri di sini hendaklah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dengan belajar bersungguh-sungguh untuk kejayaan yang cemerlang buat diri sendiri dan sekolah.

Sekian. Semoga Allah SWT permudahkan segalanya.

Mlmh Nazariah Abdul Rahman

Guru Besar SRIAAG

Download Template Joomla 3.0 free theme.

Statistik Pengunjung

Hari ini: 70
Minggu Ini: 693
Bulan Ini: 1754
Bulan Kemarin: 2451
Total: 1069059

Hubungi Al-Amin

Hubungi Kami untuk sebarang soalan atau pertanyaan.

  • Hot line: 03-6178 0884