masshead-srmiaabm

1s van pemenang catur1

Deutschland online bookmaker http://artbetting.de/bet365/ 100% Bonus.

Senarai Buku 2013

alt

MAKLUMAN UNTUK IBU BAPA JUALAN BUKU AKAN DIADAKAN PADA: -

Hari :  Sabtu

Tarikh :  29 Disember 2012

Masa : 8.30am – 11.30 Tengahari

Tempat :  SRIAAWP  

Pendaftaraan “daycare” adalah pada hari jualan buku dan tempat adalah terhad.

Senarai buku boleh download melalui link ini: http://www.wikiupload.com/81039ZSATNP3G69

Minggu Kesihatan dan Keselamatan

alt

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana dengan dan limpah kurniaNya, berjaya minggu keselamatan dan kesihatan di jalankan dengan jayanya.  Program berjalan mengikut jadual yang dirancang. Antara objekif minggu program ini adalah:

  1. Memberi kesedaran kepada para pelajar dan guru akan kepentingan menjaga kesihatan yang melibatkan penjagaan gigi, membasuh tangan dan kebersihan badan.
  2. Memberi kesedaran dan latihan amali kepada pelajar tentang kepentingan menjaga keselamatan di sekolah, di rumah, dan juga ditempat awam.
  3. Mengetahui langkah-langkah pencegahan dan pengawalan keadaan sekiranya berlaku hal-hal kecemasan.
  4. Mengetahui dan menerapkan pembelajaran amali dunia haiwan.

Anatara aktiviti yang berjalan sepanjang minggu kesihatan dan keselamatan adalah:

23 April  2012

: Perasmian pembukaan minggu kesihatan dan

  Keselamatan serta ceramah kesihatan dari Klinik

  Kesihatan Gombak

25 April  2012

: Ceramah keselamatan dari Balai Polis Wangsa Maju

26 April 2012

: Lawatan sambil belajar ke Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju dan Zoo Negara.

27 April 2012

: Penutupan Minggu kesihatan.

Secara keseluruhannya.. program ini mendapat sambutan yang baik dari setiap pelajar dan ibu bapa serta guru-guru. Semoga program sebegini akan diteruskan pada masa akan dating bagi membantu perkembangan dan pembelajaran anak-anak SRIAAWP.

Minggu Penghayatan Sunnah

Nama Program: Minggu Penghayatan Sunnah 2012

Tarikh: 13 – 17 Februari 2012 / 20 – 24 Rabiul Awal 1433 H

Tema :”Sayang Rasullullah Ikut Sunnahnya”

Tempat:Sekolah Rendah Islam Al-Amin Wilayah Persekutuan@Wangsa Maju

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu ini ialah :

    1.Pengisian Perhimpunan

    Perasmian
    Fadhilat Selawat
    Adab Makan
    Adab Belajar
    Adab Dengan Guru

    2.Aktiviti petang

    Pertandingan Mewarna
    Pertandingan Bercerita
    Pertandingan Nasyid
    Cerama Jemputan Luar

    3.Majlis Penutup

    Sehari tanpa uniform (murid dikehendaki memakai jubah)
    Derma untuk anak yatim
    Penyampaian hadiah kepada setiap pelajar

Program Palestinian Buddies Hop On Hop Off

TEMPAT: MASJID NEGARA, TAMAN TASIK PERDANA, MASJID KLCC

TARIKH: 14 JANUARI 2012 (SABTU)

MASA: 8.00 PAGI HINGGA 2.00 PETANG

 

            Pada 14 Januari 2012 telah diadakan program Palestinian Buddies Hop On Hop Off untuk kanak-kanak yang berumur tujuh hingga dua belas tahun. Program ini telah dianjurkan oleh IKRAM Wilayah Persekutuan dan Aqsa Syarif. Objektif program ini adalah memupuk semangat memperjuangkan Palestin di kalangan kanak-kanak sejak usia kecil, untuk memanfaatkan kanak-kanak dalam menyampaikan kesedaran tentang isu Palestin serta untuk membina kesedaran tentang Palestin di kalangan masyarakat serta ibu bapa melalui kanak-kanak. Tema program ini adalah “Kids Luv Palestin”. Program ini terbuka kepada semua kanak-kanak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Murid-murid Sekolah Rendah Islam Al-Amin Wilayah Persekutuan @ Wangsa Maju juga tidak ketinggalan untuk menyertai program ini.  Seramai 44 orang murid telah menyertai program ini. Program ini telah mendapat liputan dari TV Al-Hijrah dari mula sehingga akhir program dan telah disiarkan dalam rancangan “Assalamualaikum” pada 21 Januari yang lalu. Seramai sembilan orang guru pengiring yang turut serta dalam program ini termasuk Guru Besar.

PROGRAM PALESTINIAN BUDDIES HOP ON HOP OFF
More info
Semua Muka

Keceriaan Kelas

Alhamdulillah.. bagi menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif untuk anak-anak SRIAAWP, guru-guru dan pembantu telah bertungkus lumus menceriakan kelas masing-masing.. Hasilnya adalah menceriakan..


alt

Semoga anak-anak SRIAAWP  semakin bersemangat untuk belajar dan guru-guru semakin bersemangat untuk mendidik anak-anak menjadi generasi soleh wa musleh. InsyaAllah..

Download Template Joomla 3.0 free theme.

Statistik Pengunjung

Hari ini: 94
Minggu Ini: 183
Bulan Ini: 1828
Bulan Kemarin: 2260
Total: 1061862

Hubungi Al-Amin

Hubungi Kami untuk sebarang soalan atau pertanyaan.

  • Hot line: 03-6178 0884