masshead-srmiaabm

1s van pemenang catur1

Deutschland online bookmaker http://artbetting.de/bet365/ 100% Bonus.

Al-Qardhawi & Sambutan Maal hijrah

Menyambut hari-hari kebesaran Islam seperti sambutan awal tahun Hijrah bukanlah suatu yang haram selagi mana ianya  tidak disertai Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu ala Rasulillah. Wa Ba’d;

Menyambut hari-hari kebesaran Islam seperti sambutan awal tahun Hijrah bukanlah suatu yang haram selagi mana ianya tidak disertai dengan perkara-perkara yang haram seperti percampuran lelaki perempuan dan sebagainya.

Sebahagian dari orang-orang Islam menganggap bahawa menyambut atau mengambil perhatian terhadap beberapa kisah sejarah Islam, atau menyambut peristiwa Hijrah Nabi s.a.w., peristiwa Isra’ dan Mikraj, Maulid Nabi s.a.w., peperangan Badar, pembukaan Mekah atau apa-apa peristiwa di dalam sirah Muhammad s.a.w. sebagai bid’ah di dalam agama. Setiap yang bid’ah itu sesat dan setiap kesesatan itu akan ditempatkan di dalam neraka. Ini tidak benar sama sekali. Apa yang dilarang adalah apa-apa sambutan yang disertai dengan kemungkaran, perlanggaran syara’ atau apa-apa yang tidak dibenarkan oleh Allah. Ini seumpama apa yang berlaku di sesetengah negara, mereka meyambut Maulid Nabi dan hari kelahiran para wali dan orang-orang soleh (dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syara’). Tetapi jika kita mengambil peluang dari sambutan ini untuk mengingatkan tentang sirah Rasulullah s.a.w., keperibadiannya yang agung, risalahnya yang kekal yang dijadikan oleh Allah sebagai rahmat kepada sekelian alam; di manakah bid’ahnya dan di manakah kesesatannya?

Apabila kita bercakap tentang peristiwa-peristiwa ini, kita mengingatkan orang ramai tentang nikmat Allah yang besar. Mengingatkan nikmat Allah adalah suatu yang disyariatkan. Ianya terpuji bahkan dituntut.

Allah memerintahkan kita di dalam firmanNya:

“Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu. semasa kamu didatangi tentera (al-Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya. dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan. Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu; dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan.” (Al-Ahzab: 9-10)

Allah mengingatkan orang-orang beriman tentang perang Khandak atau juga dikenali sebagai perang Ahzab. Iaitu ketika suku Quraisy, suku Ghatfan dan sekutu mereka menyerang Rasulullah s.a.w. dan orang-orang Islam di rumah mereka. Quraisy mengepung Madinah dan membentuk pagar untuk menghapuskan orang-orang Islam dan melenyapkan mereka. Allah menyelamatkan orang-orang Islam dari bencana itu. Allah mengutuskan angin dan malaikat, tentera yang tidak dapat dilihat oleh manusia. Allah mengingatkan mereka tentang peristiwa itu. Ingatlah dan jangan lupa peristiwa itu. Ini bermakna Allah mewajipkan kita mengingati nikmat tersebut dan tidak melupakannya.

Di dalam ayat yang lain, Allah berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman, kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu ketika kaum (kafir yang memusuhi kamu) hendak menghulurkan tangannya (untuk menyerang kamu), lalu Allah menahan tangan mereka daripada (menyerang) kamu. oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah; dan kepada Allah jualah (sesudah bertaqwa itu) hendaklah orang-orang yang beriman berserah diri.” (Al-Maidah: 11)

Allah mengingatkan mereka tentang tindakan Yahudi Bani Qainuqa’ yang berazam untuk membunuh Rasulullah s.a.w. Mereka merancang tipu daya dan perancangan jahat. Tetapi perancangan Allah lebih kuat dan lebih pantas.

Mengingati nikmat Allah adalah suatu yang dituntut. Kita mengingatkan orang-orang Islam tentang nikmat Allah dalam perisitiwa-peristiwa ini. Kita mengingatkan mereka tentang pengajaran dan iktibar yang terkandung di dalam kisah-kisah itu.

Adakah ini suatu yang salah? Adakah ini bid’ah dan kesesatan?

(petikan:http://satuperkongsian.wordpress.com/2008/01/09/pandangan-dr-yusof-al-qardhawi-tentang-sambutan-maal-hijrah/)

Pelaksanaan Sekolah Kluster

Selaras dengan keputusan kerajaan yang memilih sekolah-sekolah tertentu sebagai sekolah cluster bertujuan untuk memberi autonomi dalam membuat keputusan dalam bidang tertentu, PPAA tidak ketinggalan dalam aspek ini.
Ini adalah kerana sejak dari penubuhannya PPAA telah mendapat keistimewaan ini. Pengalaman selama 22 tahun, menuntut pihak pengurusan membuat keputusan yang cepat dan tersendiri dalam banyak perkara. Kedudukan ketiga-tiga sekolah dikawasan urban yang menarik pelajar dari kebanyakkannya golongan menengah adalah satu cabaran yang berat tetapi membina.

ii) School-Based Assessment

Usaha dari pihak kerajaan untuk melaksanakan school-based assessment dialu-alukan. Bagi PPAA, alhamdulillah pengalaman membuat assessment diperingkat sekolah sepenuhnya untuk subjek Tasawwur Islami khususnya di sekolah rendah dimana markah pelajar dinilai dari pelbagai aspek akan memudahkan School-Based assessment untuk dilaksanakan. Selain daripada teori, pelajar dinilai melalui amali, dan laporan pemerhatian daripada guru dan ibubapa.

iii) PPSMI

Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris telah menjadi bahan polemik sehingga ke hari ini sejak dari mula ianya hendak dilaksanakan. Isu ini perlu ditimbang dari segi buruk baiknya bagi orang Melayu khususnya dalam dunia hari ini dimana bahasa kesusateraan dan ilmu adalah Bahasa Inggeris. PPAA walaupun terkesan dengan keputusan PPSMI, pendedahan kepada Bahasa Inggeris yang meluas di persekitaran oleh kerana kedudukannya serta capaian mudah kepada bahan media lain telah memberi sedikit kelebihan.

iv) Latihan Guru

a)      Pada setiap cuti persekolahan, PPAA akan memanafaatkannya bagi meningkatkan kemahiran guru-guru. Pada 23/12/08, guru-guru Tasawwur Islami SRIAAG dan SRIAA KL telah menghadiri sesi perkongsian dan bengkel. Guru-guru telah ditingkatkan kefahaman dan kesedaran untuk menterjemahkan objektif Tasawwur Islami dalam p&p. Bengkel meningkatkan kemahiran untuk memurnikan objektif pengajaran/hasil pembelajaran/outcome based learning telah juga dijalankan.

b)      Permasalahan disiplin dikalangan pelajar memberi kesedaran kepada  PPAA untuk menangani secara serius dengan itu satu sesi perkongsian dan bengkel telah diadakan pada 24/12/08. Dengan ini, PPAA berharap semua khususnya guru-guru dan kakitangan PPAA bersama berperanan sebagai mu’addib disetiap masa dan tempat dengan pendekatan berhikmah, belas kasihan, kasih sayang, serta menjadi model kepada pelajar-pelajar.

Isu-Isu Pendidikan Semasa

Berikutan dengan beberapa keputusan yang dikeluarkan oleh KPM baru-baru ini, perjalanan P&P di SRI Al Amin dan SMI Al Amin turut terkesan.

SRI AA berhadapan dengan persiapan untuk melaksanakan PPSM dalam Bahasa Melayu manakala SMI AA perlu membuat penyesuaian jadual waktu untuk penambahan masa bagi subjek Bahasa Inggeris disamping menyusun jadual bagi tingkatan empat untuk memuatkan sepuluh subjek bagi tahun hadapan. Sehubungan dengan itu, PPAA merasakan beberapa perkara perlu diberi pertimbangan.

PPSM dalam Bahasa Melayu

PPAA berharap perjuangan untuk mengembalikan PPSM ke dalam Bahasa Melayu tidak terhenti setakat itu sahaja. Usaha berikutnya ialah menyeru pihak-pihak berwajib untuk memperbanyakkan bahan atau sumber rujukan dalam Bahasa Melayu. PPAA berpandangan PPSM bukan setakat untuk lulus peperiksaan sahaja tetapi PPSM mesti mampu untuk menanam minat serta membuka minda kepada perkara-perkara yang lebih mencabar dalam Sains dan Matematik. Oleh kerana itu, adanya buku teks dan buku ulangkaji sahaja dalam Bahasa Melayu adalah tidak mencukupi. Disamping itu, usaha penterjemahan mesti lebih berhati-hati supaya pandangan alam yang bertentangan dapat ditangani dengan menawarkan alternatif yang lebih tepat.

Wajib Lulus Bahasa Inggeris

PPAA menerima baik keputusan ini memandangkan pelajar-pelajar lemah atau gagal selama ini, berpeluang untuk diberi perhatian yang lebih khusus dalam P&P supaya membolehkan mereka untuk lulus sekurang-kurangnya. Walau bagaimana pun, PPAA berharap pelajar sederhana dan cemerlang akan terus mendapat lonjakan dan tidak terabai. Keperluan kumpulan ini perlu dilihat dari aspek penguasaan dan berasa selesa untuk menggunakannya pada bila-bila masa atau ketika.

10 Matapelajaran untuk SPM

Sesebuah sekolah dikenali dengan sekolah agama adalah kerana sekolah itu menawarkan pilihan subjek Pengajian Islam melebihi daripada yang ditawarkan oleh sekolah nasional. Usaha ini bertujuan supaya pelajar-pelajar dapat menguasai ilmu yang berkaitan dengan pegangan agamanya dengan lebih mendalam dan terperinci. Oleh kerana itu PPAA khususnya, mewajibkan subjek Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan al Qur’an dan Sunnah serta Pengajian Syariah Islam bagi pelajar-pelajar menengah atas. Di samping itu, PPAA berpandangan bahawa pelajar-pelajar tidak harus di juruskan terlalu awal. Ini kerana peluang yang ditawarkan oleh IPT di dalam dan di luar Negara memberi ruang kepada pelajar-pelajar untuk mempunyai banyak pilihan. Disamping itu, kecenderungan pelajar-pelajar selepas PMR masih belum dapat ditentukan lagi. Oleh kerana itu, PPAA menawarkan pakej dwi-pilihan seperti Pengajian Islam & Sains Tulin, Pengajian Islam & Sastera Ikhtisas, serta Pengajian Islam & Sains Teknologi untuk memberi peluang bagi pelajar menpunyai pilihan yang secukupnya disamping memberi pendedahan kepada bidang ilmu yang lebih luas. Berdasarkan dwi-pilihan yang ditawarkan, jumlah matapelajaran adalah seperti berikut :

 
 Pengajian Islam & Sains Tulin

4 (Teras) + 3 (PI) + 4 (Sains & MT) = 11 matapelajaran
Pengajian Islam & Sastera Ikhtisas

5 (Teras) + 3 (PI) + 3 (Ekonomi Asas & Perdagangan & MT)
Pengajian Islam & Sains Teknologi

4 (Teras) + 3 (PI) + 4 (Sains & MT & Perakaunan)
 

Berdasarkan kombinasi di atas, untuk Sekolah Agama yang menawarkan dwi pilihan, pelajar-pelajar perlu mengambil 11 matapelajaran sekurang-kurangnya.

Disediakan oleh:

Dr Hajah Nor Zalmiah bt Jahidin
Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum
Pusat Pendidikan Al-Amin

Perkembangan Tasawwur Islami & Pekerti Al Amin

Tahun 2008 merupakan tahun kedua PPAA melaksanakan peperiksaan matapelajaran Tasawwur Islami yang dikendalikan sepenuhnya oleh PPAA. Perubahan ini telah memperkenalkan Pekerti Al Amin bagi sekolah rendah sebagai mengantikan SPPM sebelumnya. Walaupun sudah masuk tahun kesembilan melaksanakan kurikulum Tasawwur Islami, sebilangan besar daripada warga PPAA masih tidak mendapat maklumat khususnya mengenai ciri-ciri utama Tasawwur Islami. Oleh kerana itu, PPAA ingin berkongsi ciri-ciri ini dengan harapan kurikulum ini akan dapat ditambah baikkan hasil dari maklumbalas dan sokongan semua untuk sama-sama menjayakannya. Berikut adalah ciri-ciri yang disenaraikan.

                    i)      Tiada pemisahan secara tradisi di antara mata pelajaran ‘aqidah, fiqh, sirah, dan akhlaq.

                    ii)     Memberi penekanan ke atas prinsip, konsep, dan hikmah dalam pengajaran dan pembelajaran.

                    iii)     Memperkukuhkan usaha untuk menanam kecintaan, penghayatan, dan ‘izzah kepada Islam.

                    iv)    Melahirkan shabab-du‘at yang berbekalkan dengan kemahiran-kemahiran untuk berdepan dengan cabaran  kontemporari

                           (melalui kelab, persatuan, usrah dan tarbiyah, serta shabab fatayat).

                    v)    Pentaksiran pelajar berdasarkan penulisan, lisan, amali, dan laporan dari guru dan ibubapa.   

Bahasa Arab : Memupuk Kecintaan dan Memartabatkannya

Penguasaan bahasa Arab khususnya di kalangan murid dan pelajar di PPAA masih di tahap yang sederhana. Usaha yang dilaksanakan sehingga ke hari ini masih belum mampu melonjakkan pencapaian bahasa Arab di PPAA dari segi penggunaannya dalam perbualan harian mahu pun pencapaian dalam peperiksaan. Satu usaha yang menyeluruh yang disokong oleh seluruh warga PPAA perlu digerakkan. LP PPAA  adalah dalam usaha untuk melihat kepada pelbagai alternatif serta menilai kelemahan dan kekuatan usaha-usaha yang telah dilaksanakan sehingga ke takat ini. Kurikulum baru Bahasa Arab PPAA yang mula diguna pakai di sekolah rendah pada 2002 hanya mampu meletakkan pencapaian Bahasa Arab di sekolah rendah melebihi sedikit daripada pencapaian sekolah rendah Islam lain dalam rangkaian yang sama. Buat permulaan, PPAA ingin mengajak semua warganya untuk menghayati kelebihan Bahasa Arab dalam perkara-perkara berikut:  

i)        Susunan dan penggunaan Bahasa Arab dalam al Qur’an adalah sebahagian daripada mu’jizat nya iaitu i‘jaz al qur’an (the inmitability of al qur’an)

ii)      Untuk mendalami, menjiwai dan menghayati pengajaran dari al Qur’an, memerlukan kepada penguasaan bahasa Arab dan bukan semata-mata

        bergantung kepada penterjemahannya sahaja.

iii)    Khazanah warisan intelektual Islam yang ditulis dalam bahasa Arab masih banyak yang belum diterjemahkan dan masih menunggu-nunggu orang Islam

       untuk menerokainya selain daripada orientalis yang lebih menampakkan kesungguhan mereka dengan agenda tersendiri.

iv)   Allah SWT telah memberi jaminan akan mempermudah dan mengandakan ganjaran bagi yang berusaha untuk mendalami bahasa Arab.

Klik untuk nota....

 -Nor Zalmiah Jahidin-

PANDANGAN ALAM DAN PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam bertujuan untuk membekalkan murid dan pelajar dengan pandangan alam yang sahih. Pandangan alam yang sahih akan membimbing mereka dalam menentukan arah tuju kehidupan di dunia yang inshÉAllah akan membuahkan kebahagiaan di akhirah. Pandangan alam yang sahih berkisar di sekitar pemahaman dan penghayatan sebenar tentang hakikat Allah SWT, kenabian, kehidupan manusia, dan kehidupan di Akhirah. Pandangan alam Islam yang merangkum perkara-perkara utama ini menjadi benteng yang kukuh untuk menepis segala macam kecelaruan serta kekeliruan yang terhasil dari pandangan alam Barat yang berjaya menguasai pemahaman dan pemikiran sebilangan besar Ummah hari ini. Kefahaman hari ini tentang agama; ilmu; adab dan pendidikan; sains dan teknologi; serta tradisi, kemodenan, dan pembangunan rata-rata dicorakkan oleh pandangan alam asing ini yang telah berjaya menguasai kerangka pemikiran manusia. Satu ‘philosophical program’ yang berlaku secara senyap ini telah menghasilkan nilai, budaya, pemikiran, dan malah pegangan yang asing di kalangan generasi Muslim hari ini.     

Oleh kerana itu, sistem pendidikan hari ini terutama pendidikan tinggi mesti mengambil tanggung jawab untuk menanam kefahaman sebenar tentang pandangan alam Islam yang akan membentuk generasi masa hadapan. Ini hanya boleh berlaku sekiranya penggerak dan pendokong sesebuah sistem pendidikan mengambil langkah untuk mereorientasikan:

i)                    Falsafah

-          usaha pendidikan yang menyeluruh, seimbang, dinamik dan berterusan

-          bersandarkan prinsip dan konsep taÎawwËr al-Islam yang terkandung dalam al-Qur’ Én dan al-Sunnah.

-          membangun seluruh potensi insan : jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial

-      menjadi ‘abd dan khalÊfah : mengabdikan diri kepada Allah SWT dan memberi khidmat kepada alam dan ummah menurut bidang yang dipertanggungjawabkan ke atasnya.

-          mewujudkan kesejahteraan di dunia dan mencapai kebahagian di akhirah.

ii)                  Matlamat – melahirkan insan ÎÉliÍ wa muÎliÍ

iii)                Kurikulum

-          ada kesepaduan : menyediakan dua aliran  kurikulum yang bukan sahaja terdiri daripada ilmu ‘aqli dan ilmu naqli secara selari tetapi memastikan ada usaha untuk menyepadukan antara kedua-duanya. Usaha ini bermaksud kurikulum ilmu naqli dan aplikasinya diterjemahkan ke dalam suasana yang berubah-ubah manakala kurikulum ilmu ‘aqli dan penyampaiannya diolah supaya menepati pandangan alam Islam

-          bersifat inter dan multi disiplin – menekankan kepada proses berbanding kronologi

-          tiada pemetakkan yang ketara kecuali untuk pengkhususan (pengajian tinggi) untuk mendapatkan fahaman kesyumulan, dinamika dan getaran Islam serta mengelak dari pertindihan dari pengulangan.

-          FarÌ ‘ayn : berkembang selari dengan tahap umur, kematangan, pemikiran, kedudukan, status, dan pertanggungjawaban. ini bermakna ianya tidak terhenti di peringkat menengah.

-          FarÌ KifÉyah : al qiamu bifarÌi al-kifÉyah ahammu min farÌ al-'ayn - jika sekiranya menegakkan farÌ kifÉyah itu lebih penting, maka mempelajari ilmu-ilmu yang berkaitan adalah dituntut dan menjadi farÌ 'ayn bagi yang boleh memenuhinya (dialah satu-satunya yang dipertanggungjawabkan dalam bidang itu).

iv)                pengajaran dan pembelajaran

-          menyerlahkan hikmah serta melahirkan ‘izzah berbanding fakta: pendedahan kepada prinsip dan konsep seperti yang diterjemah dalam kehidupan al-Rasul SAW dan para sahabah.

-          kreatif, inovatif dan kritis (perlu dapat membezakan antara pemikiran dan prinsip yang kekal

-          penghafalan diutamakan kepada nas dan dalil sahaja.

v)                  penilaian dan pentaksiran

-          menyeluruh : kognitif, afektif dan psikomotor

        : formatif dan summatif

       : di dalam dan di luar institusi

        : kumpulan penilai : guru/pensyarah, ibubapa/penjaga, rakan

          sebaya/kuliah

-          pemikiran tahap tinggi diperbanyakkan (kenapa, mengapa, dan bagaimana)

-          mempraktikkan muhasabah, muraqabah, dan iÍsÉn.

vi)                pendidikan guru

-          kurikulum pendidikan guru bersifat integrated : ilmu pendidikan moden diintegrasikan dengan amalan dan falsafah pendidikan ilmuan Islam terdahulu seperti epistemologi, dan falsafah pendidikan al Farabi; epistemologi, falsafah, psikologi pendidikan Ibn Sina; epistemologi, falsafah, psikologi, dan methodologi pendidikan al Ghazali; epistemologi, falsafah dan methodologi pendidikan Ibn Khaldun dan lain-lain.

-          guru sebagai mu’addib (terkandung di dalamnya murabbi, dan mu‘allim)

-          tugas mendidik adalah sumbangan khidmat kepakarannya untuk membangun ummah dan peradaban.

Produk sistem pendidikan hari ini dituntut supaya bukan sahaja mempunyai kemantapan aqidah serta mempamerkan sahsiah Islam tetapi mampu mengutarakan pemikiran yang boleh mengolah dan menterjemah dalam kerangka Islam bersandarkan pandangan alam Islam yang dikuasainya. Lebih daripada itu, mereka mesti berupaya untuk mengaplikasi dan mentranslasi prinsip dan konsep Islam secara kreatif dan inovatif dalam suasana yang berubah-ubah. Kaedah dan teknik pembelajaran terutamanya pengajian Islam perlu menyimpang jauh dari kaedah tradisi yang mementingkan penghafalan dan meluahkan kembali teks-teks yang dihafal. Imaginasi dan intelektual sepatutnya diberi kuasa penuh untuk melaksanakan ijtihad. Sistem Pendidikan Islam mesti mampu menyediakan asas bagi generasi pelapis untuk menjadi faqih yang boleh menangani cabaran dunia kontemporari dan  scientists/specialists generasi  baru yang mantap ilmu naqliahnya.   Selaras dengan ini, sistem pendidikan Islam perlu mengambil kira semua aspek yang di sentuh di atas jika pendokong gerakan Islam benar-benar berhasrat untuk melihat Islam menjadi rahmat li’l ‘alamin.

Disediakan oleh:

Dr. Hajah Nor Zalmiah bt Jahidin

Ahli Lembaga Pengelola PPAA

Bahagian Kurikulum

Download Template Joomla 3.0 free theme.

Statistik Pengunjung

Hari ini: 61
Minggu Ini: 272
Bulan Ini: 1514
Bulan Kemarin: 2401
Total: 1066368

Hubungi Al-Amin

Hubungi Kami untuk sebarang soalan atau pertanyaan.

  • Hot line: 03-6178 0884