Anda berada di: Halaman Utama

Pembinaan Bangunan Tambahan SMIAA

E-mail Cetak PDF

PPAAB dalam proses membina bangunan tambahan SMIAA di mana kerja-kerja 'piling' akan dimulakan pada pertengahan tahun ini. 

 (Perancangan awal di mana kerja-kerja 'piling' bermula pada cuti pertengahan tahun baru-baru ini tidak dapat dilaksanakan kerana masalah teknikal.)   Perbelanjaan dianggarkan sebanyak RM 1.2 juta diperlukan.  Untuk rekod, PPAAB sebelum ini telah berjaya menyiapkan sebuah surau (800 jemaah) dengan kos RM 670 ribu hasil kutipan Tabung Pembangunan Al-Amin melalui skim wakaf, zakat dan lain-lain sumbangan.  Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada para dermawan (Ibu-bapa, individu, syarikat, organisasi) yang terlibat sehingga siapnya Surau Al-Amin.  Baki kutipan iaitu RM 500 ribu akan digunakan untuk memulakan pembinaan Bangunan SMIAA. PPAAB menyeru bantuan para dermawan untuk mengisi Tabung Pembangunan Al-Amin bagi mempercepatkan dan melicinkan proses pembinaan ini.  Semoga bantuan yang diberikan akan menjadi amal jariah tuan/puan sebagai saham di akhirat kelak.

Jika sudi membantu, sila hubungi:

Puan Wan Faridah Wan Abas (Administrator Portal)/ Pn  Habsah Abu Bakar

03 6187 8125/03 6188 9873 (Pejabat)