masshead-srmiaabm

1s van pemenang catur1

Deutschland online bookmaker http://artbetting.de/bet365/ 100% Bonus.

JAWATAN KOSONG : AL-AMIN EDU OASIS

 

Assalamualaikum wbt

 

Al Amin Edu Oasis (AAEO) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat kami. Maklumat kekosongan adalah seperti berikut :

 

Nama Jawatan  : Eksekutif Latihan dan Pembangunan Modal Insan

Taraf jawatan    : Tetap

Lokasi               : Taman Melawati, Kuala Lumpur

 

Syarat permohonan:


1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perniagaan/ Pentadbiran/ Sumber Manusia/ Pemasaran/ Perakaunan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau swasta; atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
2. Cekap menggunakan aplikasi Adobe Photoshop;
3. Berpengetahuan mengendalikan website Jomlaa;
4. Mahir berbahasa Inggeris;
5. Memiliki kenderaan sendiri;
6. Dinamik, proaktif dan boleh bekerja dalam kumpulan.

 

Skop kerja:


1. Merangka modul program dan kertas kerja latihan, kursus dan pengurusan acara;
2. Menganjurkan dan mengendalikan latihan, kursus dan pengurusan acara;
3. Menyediakan poster dan membuat pemasaran bagi setiap latihan, kursus dan pengurusan acara yang akan dijalankan;
4. Menghebahkan maklumat kursus dan latihan kepada sasaran peserta;
5. Menyediakan laporan bagi setiap latihan, kursus dan pengurusan acara yang dianjurkan;
6. Menjalankan tugas yang berkaitan dengan penuh beretika.

 

Jika berminat, sila hantar resume anda ke: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  SEBELUM 27 JANUARI 2017 (JUMAAT).

 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Husni Hanis di talian: 03-4105 3703.

 

Senarai pendek akan dihubungi untuk panggilan temuduga.

 

AAEN - JAWATAN KOSONG

 

JAWATAN KOSONG DI AL-AMEEN EDU NIAGA SDN BHD

 
1) Tukang Masak 
 
           - Boleh memasak dalam kuantiti yang banyak
           - Mempunyai pengalaman yang luas dalam memasak
           - Boleh memasak perlbagai menu masakan
           - Rajin dan berdisiplin dalam bekerja
           - Boleh bekerja lebih masa
 
2) Pembantu Tukang Masak
 
          - Boleh memasak
          - Akan menggantikan tukang masak sekiranya tukang masak cuti
          - Boleh memasak perlbagai menu masakan
          - Rajin dan berdisiplin dalam bekerja
          - Boleh bekerja lebih masa
 
3) Krew Kantin
 
          - Rajin dan berdisiplin dalam bekerja
          - Boleh bekerja lebih masa
            (lepasan SPM atau tiada pengalaman digalakkan memohon)
 
4) Pemandu cum Krew Katering
 
          - Rajin dan berdisiplin dalam bekerja
          - Boleh bekerja lebih masa
          - Mempunyai Lesen GDL yang sah
          - Mempunyai pengetahuan dalam penggunaan kenderaan
 
5) Eksekutif Pemasaran & Jualan
 
          - Mempunyai latar belakang pemasaran dan jualan 
          - Berpengetahuan dalam menggunakan Adobe Photoshop / Adobe         Illustrator
          - Mempunyai kenderaan sendiri
          - Mempunyai idea yang kreatif
          - Seorang yang aktif dan bergerak pantas
          (Fresh Graduate sangat digalakkan memohon)
 
6) Pembantu Akaun
 
          - Mempunyai latar belakang perakaunan diploma/sijil
          - Berpengetahuan dalam menggunakan sistem perakaunan MYOB      
          - Mempunyai kenderaan sendiri
          - Boleh bekerja lebih masa
          (Fresh Graduate sangat digalakkan memohon)
 
***
 
Al-Ameen Edu Niaga Sdn Bhd
No.271-A, Jalan Bandar 11
Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
Tel: 03-41053703 / 3731

 

21st CENTURY EDUCATIONAL TRIP

 

 

 

21hb Januari 2016 - 22hb Januari 2016
21st Century Educational 


Seramai 28 orang dari Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad telah bertolak dari Al Amin Gombak menaiki bas utk ke Singapura dalam rangka lawatan ke Ngee Ann Secondary School, ingin meninjau perlaksanaan 21st century education disekolah tersebut. Trip ini dianjurkan oleh Al-Amin Edu Oasis.

Setibanya di Johor Bahru, rombongan sempat mengadakan kunjungan ke Sekolah Rendah/Menengah Islam Hidayah. Rombongan disambut oleh Pengerusinya Tuan Hj Hassan Hushin dan pasukannya. Semua peserta trip diberi  sedikit taklimat mengenai Hidayah. Kagum dgn komitmen guru-guru mereka dalam melahirkan pelajar cemerlang dalam semua bidang. Perkongsian yg amat baik utk warga Al Amin.

Semua peserta berpeluang untuk melawat Ngee Ann Secondary School di Tampines Singapore. Mengapa  pilih sekolah ini? Ngee Ann Secondary School adalah antara sekolah yg paling kehadapan dlm pengunaan teknologi dalam pendidikan. Mengambilkira keperluan masa hadapan. Mereka adalah Future School. 

Banyak yang telah dipelajari  mengenai 21st century learning. Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad telah memulakannya dan sedang berusaha untuk menjadi peneraju unggul pendidikan bersepadu Alaf 21.

Semoga para peserta memperoleh idea baru untuk dilaksanakan di sekolah masing-masing.

 

PPAAB TERIMA TETAMU STAIN KEDIRI

 

16HB November 2016 - 18HB November 2016 ; 

Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad (PPAAB) telah menerima kunjungan daripada Kementerian Agama Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri, STAIN KEDIRI.

Kunjungan terdiri daripada Dr Anis Humaidi, Dr Munifah, Dr Shamsul Huda dan Dr Ahmad Subakir.

Tujuan kehadiran daripada nun jauh di seberang adalah untuk membuat sedikit perincian dan kajian tentang Sekolah-sekolah di bawah Pusat Pendidikan Al-Amin berhad.

 

Alhamdulillah, kunjungan diraikan dan disambut oleh Yang dihormati Tn Hj Shaharom Md Shariff ; Pengerusi Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad. Selain itu, semua Guru Besar dan Pengetua juga turut sama meraikan para tetamu.

Bertempat di Bilik Mesyuarat PPAAB, Tn Hj Shaharom memulakan perbincangan dengan menerangkan serba sedikit tentang visi,misi, serta latar belakang Pusat Pendidikan Al-Amin.

InsyaAllah semoga segala perkongsian idea dan maklumat mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah SWT.

 

Terima kasih kepada tetamu yang sudi hadir.

 

BENGKEL PERANCANGAN STRATEGIK

 

Pada 23hb Januari 2016, PPAAB telah mengadakan Bengkel Perancangan Strategik Kumpulan PPAAB yang melibatkan seluruh cawangan Al-Amin.

Bengkel yang telah dihadiri oleh Semua Ahli Lembaga PPAAB, Ahli-ahli Lembaga daripada sekolah-sekolah JV dan juga pengurusan sekolah.

Antara sekolah-sekolah yang terlibat ialah Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak, Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak, Sekolah Rendah Islam AL-Amin Kuala Lumpur, Al-Amin Tropicana School Sungai Buloh, AL-Amin Tropicana School Kota Bharu, Sekolah Rendah Islam AL-Amin Wilayah Persekutuan, SBP@SMI Al-Amin Bestari D'Merlimau Melaka, Al-Amin Kota Mas School dan Sekolah Rendah Islam Al-Amin Cheras Selatan.

Bengkel telah dimulakan dengan sedikit kata-kata aluan oleh Pengerusi Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad, Tn Hj Shaharom Md Shariff dan seterusnya bengkel telah diserahkan kepada Tn Hj Mohammad Tahir bin ismail, Pengarah Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad merangkap fasilitator untuk bengkel pada kali ini.

Dalam bengkel tersebut telah membincangkan halatuju serta strategi yang mantap untuk 5 tahun akan datang. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua peserta yang hadir.Semoga Allah memberkati usaha semua peserta dan mempermudahkan segala urusan untuk melahirkan generasi Soleh Wa Musleh, InsyaAllah.

 

Download Template Joomla 3.0 free theme.

9623088
Today
Yesterday
This Week
Last Month
All days
4123
8076
20377
191248
9623088

Your IP: 3.82.51.133

Hubungi Al-Amin

Hubungi Kami untuk sebarang soalan atau pertanyaan.

  • Hot line: 03-6179 0884