masshead-srmiaabm

1s van pemenang catur1

Deutschland online bookmaker http://artbetting.de/bet365/ 100% Bonus.

SMIAABM

Pengambilan Pelajar Tingkatan 1 sesi 2014

slide-new-intakfe

Assalamualaikum wbt,

Pihak SMIAABM mengucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada kami dalam menguruskan pendidikan remaja di alam sekolah menengah. Sejak permohonan Ting 1 dibuka, SMIAABM telah menerima sebanyak 94 permohonan dari pelbagai latar belakang sekolah di seluruh Malaysia (termasuk dari Sabah).

Beberapa fakta menarik tentang permohonan ini :

1. 36% permohonan terdiri daripada pelajar yang bukan berasal dari rangkaian sekolah ikram-musleh.

2. 78% permohonan datangnya dari pelajar-pelajar yang tinggal di lembah klang/putrajaya.

3. 53% permohonan diterima dari SRI Al-Amin Gombak & KL.

Namun tempat yang disediakan hanya untuk 69 orang (23 orang x 3 kelas). Oleh itu pihak sekolah terpaksa membuat pilihan dalam proses pengambilan pelajar Ting 1 ini. Bagi permohonan yang tidak ditawarkan adalah disebabkan tiada kekosongan. Apapun permohonan tersebut dimasukkan dalam senarai menunggu dan akan ditawarkan jika ada kekosongan seperti calon menarik diri/menolak atau sebagainya.

Semua calon yang berjaya telah dihubungi, surat tawaran dihantar melalui emel dan pos.

Bagi permohonan ke Ting 4 pula masih dalam proses. Permohonan masih dibuka sehingga keputusan PMR 2013 diumumkan.

Pihak sekolah sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih atas sambutan dan kepercayaan yang diberikan. Doakan kami agar dapat membangunkan sekolah yang berjaya melahirkan insan lestari untuk memimpin umat masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

MZO

Download Template Joomla 3.0 free theme.

9435255
Today
Yesterday
This Week
Last Month
All days
1767
6821
16405
251647
9435255

Your IP: 54.82.93.116

Hubungi Al-Amin

Hubungi Kami untuk sebarang soalan atau pertanyaan.

  • Hot line: 03-6179 0884