masshead-srmiaabm

1s van pemenang catur1

Deutschland online bookmaker http://artbetting.de/bet365/ 100% Bonus.

SMIAABM

Perkembangan dan Perancangan SMI Al-Amin Bestari D'Melimau

1380731 233627710129345 1242144842 n
 

Assalamualaikum wbt,

Ahli Lembaga, ibu bapa, guru dan seluruh warga Al-Amin Bestari yang dikasihi,

Sukacita dimaklumkan mengenai maklumat terkini berkaitan dengan perkembangan dan perancangan sekolah untuk perhatian dan tindakan semua.
Semoga dengan makluman ini, persediaan awal dapat dilakukan dan perbincangan ke arah penambahbaikan dapat dilakukan.

 1. Peperiksaan Akhir Tahun 2013 ;

- Peperiksaan akhir tahun akan bermula pada 28hb. Oktober (Isnin) dan akan berakhir pada 8hb. Nov (Jumaat).
- Tarikh di atas adalah berkaitan dengan peperiksaan bertulis. Peperiksaan lain seperti ujian Al-Quran akan diadakan selepasnya.
- Pihak sekolah tidak bercadang menambah cuti sempena dengan Hari Deepavali.
- In sya Allah, urusan penandaan dan pemarkahan dijangka siap sebelum 14hb. November sebelum mesyuarat analisis, post mortem dan unjuran dijalankan.

2. Hari Penyerahan Kad Laporan / Sesi Perbincangan Prestasi Akademik ;

- akan dilangsungkan pada 16hb. November (Sabtu) seawal jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang.
- pelajar dibenarkan balik bersama dengan ibu bapa pada hari berkenaan.

3. Program Gemilang Akademik (PGA) SMIAABM - SPM 2014 ;

- Pihak sekolah akan membentangkan pakej PGA ini pada 15hb. Disember (Ahad) kepada semua ibu bapa di SMIAABM.
- Satu jemputan rasmi akan dibuat dan semua ibu bapa dan warga Al-Amin Bestari dijemput hadir.
- PGA adalah satu pakej yang meliputi program, strategi dan sasaran pencapaian menjelang SPM 2014.
- Kos tambahan yang diperlukan bagi projek ini akan dibentangkan pada pertemuan berkenaan.

4. Persekolahan awal bagi persediaan SPM 2014 ;

- Susulan dari PGA di atas, pihak sekolah akan memulakan sesi persekolahan lebih awal khas untuk calon SPM 2014 bermula pada 16hb. Disember 2013 (Isnin).
- Sehubungan itu semua pelajar diwajibkan hadir bagi menjayakan strategi yang bakal disusun oleh pihak sekolah.
- Antara aktiviti yang bakal disusun ialah sesi motivasi bersama pakar, kelas tambahan, kelas pembelajaran dan lain-lain lagi.

Adalah diharapkan agar pemakluman awal ini mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya dari semua pihak. Atas keprihatinan dan sikap ambil berat yang ditunjukkan, pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Semoga usaha mulia yang dilakukan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah. Amin.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Us. Md. Zubir bin Osman
Pengetua SMIAABM


Multimedia Al-Amin Bestari 2013
Sekolah Menengah Islam Al-Amin Bestari D'Merlimau
Anda boleh layari info SMIAABM difacebook kami : alaminbestari
Info gambar diatas boleh layari disini : Perkembangan dan Perancangan SMI Al-Amin Bestari D'Melimau
Untuk melihat gambar lebih jelas sila right klik gambar dan view image

Download Template Joomla 3.0 free theme.

9818521
Today
Yesterday
This Week
Last Month
All days
796
7474
796
189803
9818521

Your IP: 54.234.114.202

Hubungi Al-Amin

Hubungi Kami untuk sebarang soalan atau pertanyaan.

  • Hot line: 03-6179 0884