masshead-srmiaabm

1s van pemenang catur1

Deutschland online bookmaker http://artbetting.de/bet365/ 100% Bonus.

SMIAABM

Kursus Falak : Rubu' Mujayyab

1378351 228994847259298 271715240 n

Tanjung Bidara, 5 Oktober 2013 - Pada Sabtu 5 Oktober 2013 yang lalu, SMI Al-Amin Bestari D'Merlimau (SMIAABM) telah menghantar 14 orang pelajarnya ke Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara bagi menyertai Kursus Pendidikan Rubu' Mujayyab anjuran Jabatan Mufti Melaka.

Rombongan dikelolakan oleh Kelab SYAFAQ (Syariah, Falak dan Al-Quran) bertolak dari Anjung Batu pada jam 8.30 pagi dan tiba di destinasi pada jam 9.30 pagi. Kursus ini disampaikan sendiri oleh Pengarah Kompleks Falak Al-Khawarizmi, YBhg. Dr Hj Kassim bin Bahali. Selain SMIAABM, sebuah lagi sekolah yang menyertai kursus percuma ini ialah SMK Sungai Udang.

Antara perkara yang dipelajari ketika kursus ialah cara-cara membina alat Rubu' Mujayyab menggunakan peralatan ringkas seperti polisterin dan kertas graf. Alat Rubu' Mujayyab digunakan oleh para ulamak falak Islam sejak beberapa kurun dahulu bagi mengukur altitud matahari, sudut pancaran matahari, arah kiblat, waktu semasa dan kedalaman sesuatu objek di dalam laut.

Selepas membina alat tersebut, para pelajar diajar untuk menggunakannya bagi mengukur sudut pancaran matahari di langit. Selain daripada itu, para pelajar juga sempat melawat pameran astronomi yang terdapat di ruang legar Balai Cerap Al-Khawarizmi dan bergambar di atas garisan Longitud 102 darjah timur.

Terima kasih kepada pihak Jabatan Mufti Melaka atas jemputan menyertai kursus yang sangat bermanfaat dan informatif ini.


Multimedia Al-Amin Bestari 2013
Sekolah Menengah Islam Al-Amin Bestari D'Merlimau
Anda boleh layari info SMIAABM difacebook kami : alaminbestari
Info gambar diatas boleh layari disini : Kursus Falak Rubu' Mujayyab
Untuk melihat gambar lebih jelas sila right klik gambar dan view image

Download Template Joomla 3.0 free theme.

9818368
Today
Yesterday
This Week
Last Month
All days
643
7474
643
189803
9818368

Your IP: 54.234.114.202

Hubungi Al-Amin

Hubungi Kami untuk sebarang soalan atau pertanyaan.

  • Hot line: 03-6179 0884