Makluman
  1. SAMBUTAN HARI GURU SMIAAG 2024
  2. CALON SPM 2023 SMIAAG DAPAT MODUL YAPEIM
  3. SELAMAT MENDUDUKI UJIAN AMALI SPM 2023
  4. SMIAAG ANJUR PERKHEMAHAN PERDANA AL-AMIN 2023
  5. AHLAN WA SAHLAN SMP ISLAM AL AZHAR
  6. SMIAAG MENDAPAT TEMPAT PERTAMA BAGI UNIVERSAL ROBOTIC CHALLENGE 2023 (URC)
  7. KEM KECEMERLANGAN SALAZAR SIRI 2 / 2023
  8. SM ISLAM AL-AMIN GONDOL TEMPAT PERTAMA,KEDUA MISTAC KATEGORI P15
  9. 🍱 MAJLIS MAKAN MALAM AMAL WAFA 🍱
  10. SM ISLAM AL-AMIN GOMBAK MENJADI JUARA & TEMPAT KETIGA BAGI PERTANDINGAN ROBOTIK SIMPAN SSPN SEMPENA KEMPEN BULAN MENABUNG SIMPAN SSPN (BMS) 2023
  11. PENGISYTIHARAN PEMBUBARAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL-AMIN GOMBAK SESI 2022/2023
  12. [PROGRAM KEBITARAAN SEKOLAH 2023] EKSPIDISI TINGKATAN TIGA 2023 MENAWAN PUNCAK GUNUNG LEDANG
  13. MESYUARAT PEMBUBARAN MPP SESI 2022/2023
  14. PENCAPAIAN PELAJAR BAGI PERTANDINGAN GOLF PERINGKAT MSSS GOMBAK
  15. PROGRAM KEBITARAAN SMIAAG: KEM PERKHEMAHAN ASAS 2023
  16. MINGGU 4K PERINGKAT SM ISLAM AL-AMIN
  17. UNIVERSAL ROBOTIC CHALLENGE 2022 (URC)
  18. 8TH KONTES ROBOT NUSANTARA (KRON), 2022
  19. PENGAMBILAN PELAJAR BARU SESI 2023/ 2O24
  20. PERMOHONAN KEMASUKAN MURID BAHARU TINGKATAN 1-5 SESI 2022 SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL-AMIN GOMBAK
  21. KEPUTUSAN RASMI PILIHAN RAYA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SMIAAG 21/22
  22. TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA PELAJAR BATCH ZUAMA SPM 2020
  23. CERAMAH : PENYALAHGUNAAN DADAH DAN INHALAN
  24. CERAMAH | BAHAYA ROKOK DAN VAPE
  25. PROGRAM PENCEGAHAN ANTI DADAH, ROKOK DAN INHALEN (DARIH) 2021
  26. SALAM AIDIL FITRI
  27. SELAMAT HARI GURU 2021
  28. MAJLIS APRESIASI PELAJAR TINGKATAN 1 - 4 2020
  29. TAKZIAH CIKGU NURUL JANNAH BINTI BAHARI
  30. KONVENSYEN IBU BAPA BARU BAGI 2021
  31. KEMASUKKAN PELAJAR TINGKATAN 1 SESI 2021
  32. MEMO PERINGATAN COVID-19
  33. PERTANDINGAN GOLF SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH MSSD 2020
  34. KONVENSYEN IBUBAPA BARU PUSAT PENDIDIKAN AL-AMIN 2020
  35. SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
  36. SELAMAT DATANG PELAJAR BARU KE SMIAAG
  37. KARNIVAL JUALAN BUKU SMIAAG 2020
  38. KEPUTUSAN AKHIR TAHUN DAN HARI APRESIASI T1, T2 DAN T4
  39. SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2019
  40. SMIAAG NAIB JOHAN DEBAT BAHASA MELAYU PIALA TUN RAZAK 2019
  41. SMIAAG JUARA PERTANDINGAN PIDATO BAHASA MELAYU
  42. MINGGU ORIENTASI YANG MELIBATKAN SEMUA PELAJAR SMI AL-AMIN GOMBAK
  43. XPLORACE 2018: MERENTASI SEMPADAN, MELUASKAN PEMIKIRAN
  44. SMIAAG JUARA 16TH IIUM INTERSCHOOL DEBATING CHAMPIONSHIP
  45. KARNIVAL JOM SAINS 2018, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA.
  46. SMIAAG NAIB JOHAN PERTANDINGAN DEBAT PIALA PENGARAH KAMPUS, DPPK (LIGA IPT)
Image Banner

SAMBUTAN HARI GURU SMIAAG 2024

[SAMBUTAN HARI GURU 2024]

Pucuk bertemu subur Meranti,
Tumbuh dihutan sejajar Ara,
Ilmu Guru sukar diganti,
Mendidik watan maju negara.

Pada 16 Mei 2024 (Khamis) telah berlangsungnya Sambutan Hari Guru SMIAAG. Tahun ini, tema Sambutan Hari Guru ialah “Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara”.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah diberi mandat bagi perlaksanaan Majlis Sambutan Hari Guru kali ini. Pelbagai aktiviti telah disusun bagi meraikan guru-guru SMIAAG dengan gilang-gemilang. Antaranya, pertandingan liga Bola Tampar dan Futsal, Explorace, serta kuiz dalam talian. Selain itu, sambutan Hari Guru kali ini turut meraikan persaraan Ustaz Abdul Aziz B Sheikh Ahmad yang telah tamat berkhidmat.

Sedikit bingkisan tema, bagi mencapai negara yang serba maju daripada pelbagai aspek termasuk sisi manusiawi, negara amat memerlukan generasi yang berupaya mengisi masa hadapan yang serba digital, justeru perlu dididik oleh para ilmuwan dan pendidik manusiawi yang juga cerdas akan dunia digital bagi memberikan bimbingan dan tarbiah yang terbaik.

Semoga sambutan kali ini sedikit sebanyak menjadi ruang dan peluang dalam menghargai jasa guru-guru SMIAAG.

Dari Meja Editor

LAGI

CALON SPM 2023 SMIAAG DAPAT MODUL YAPEIM

Di bawah Program Inspirasi Pendidikan YaPEIM- Seramai 119 calon yang akan menduduki peperiksaan SPM 2023 akan menerima modul bagi subjek Bahasa Melayu dan Sejarah.

Modul ini merupakan suntikan terakhir kepada calon SPM untuk mempersiapkan diri dengan bentuk soalan yang bakal dihadapi kelak. Kesediaan soalan-soalan yang menepati standard soalan sebenar peperiksaan SPM yang digubal oleh guru-guru pakar yang dilantik.

Majlis simbolik penyerahan modul serta lawatan sulung oleh Tuan Hj. Yaacob Bin M.Alias, Ketua Penyelaras Sumber Dana Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri Selangor ke Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak telah membuka pintu diplomasi dan kolaboratif pihak YAPEIM bersama SMIAAG demi pendidikan. Majlis ini juga dihadiri oleh Pn. Alia Binti Md. Nazir, Pengetua SMIAAG bersama Ust Shahrul Nizam Bin Shahdan, PK Kurikulum SMIAAG.

Pn. Alia Binti Md. Nazir, Pengetua SMIAAG menyatakan pembekalan modul SPM YaPEIM ini ternyata akan memberi impak positif dalam pencapaian pelajar dan sekolah secara amnya, khususnya bagi dua mata pelajaran wajib lulus ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih di atas usaha YaPEIM dalam menyediakan modul untuk membantu para pelajar selain mengharapkan usaha sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.

LAGI

SELAMAT MENDUDUKI UJIAN AMALI SPM 2023

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

*SELAMAT MENDUDUKI UJIAN AMALI SAINS SPM 2023*

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan seluruh warga SMIAAG ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya Kepada semua calon yang akan menduduki Peperiksaan Ujian Amali Sains SPM . Semoga calon-calon beroleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan yang akan berlangsung dari 5 - 7 Disember ini ..

*Selamat maju jaya!*


MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
SMI AL AMIN GOMBAK

LAGI

SMIAAG ANJUR PERKHEMAHAN PERDANA AL-AMIN 2023

Program: Perkhemahan Perdana AL-Amin 2023

Tarikh: 10 – 12 November 2023

Hari: Jumaat - Ahad

Program ini merupakan satu inisiatif program di bawah Jabatan Kokurikulum yang dilaksanakan bagi memperkasakan ahli-ahli dalam badan beruniform di Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak.

Program ini juga membuka peluang kepada ahli semua badan beruniform melibatkan diri dalam perkhemahan dan pertandingan kemahiran-kemahiran ahli beruniform. Pada masa yang sama, sekolah ingin mencungkil bakat dan potensi pelajar serta menjadikan perkhemahan ini sebagai platform pembelajaran di luar bilik darjah bagi membina sifat kepimpinan dalam diri pelajar.

Semoga usaha kecil ini menjadi batu bata dalam pembentukan nilai-nilai baik dalam diri pelajar dan melahirkan pelajar Soleh wa Musleh.

Klik di sini untuk senarai main video program berkenaan.

Unit Kokurikulum

SM Islam Al-Amin Gombak

 

LAGI

AHLAN WA SAHLAN SMP ISLAM AL AZHAR

♦KUNJUNGAN MAHABBAH♦

Kelmarin, 7/11/23 (Selasa) SM Islam Al-Amin Gombak telah dikunjungi pelawat dari SMP Islam Al Azhar, Cilacap, Jakarta.

Kunjungan melibatkan 3 orang guru dan 32 orang pelajar.

Rombongan juga dibawa untuk melawat sekitar sekolah dan kelas tingkatan 2 &3 bagi memerhatikan proses PdPC yang sedang berlangsung.

Semoga kunjungan ini dapat merapatkan lagi hubungan antara sekolah di samping saling menyilang dan mengenali perbezaan antara perlaksanaan pendidikan antara negara serantau.

♦♦♦♦♦♦

Dari Meja Editor,
Sekian.

LAGI

Image News
Image News

Image Banner

Lokasi


Pertanyaan