[SAMBUTAN HARI GURU 2024]
Pucuk bertemu subur Meranti,
Tumbuh dihutan sejajar Ara,
Ilmu Guru sukar diganti,
Mendidik watan maju negara.
Pada 16 Mei 2024 (Khamis) telah berlangsungnya Sambutan Hari Guru SMIAAG. Tahun ini, tema Sambutan Hari Guru ialah “Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara”.
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah diberi mandat bagi perlaksanaan Majlis Sambutan Hari Guru kali ini. Pelbagai aktiviti telah disusun bagi meraikan guru-guru SMIAAG dengan gilang-gemilang. Antaranya, pertandingan liga Bola Tampar dan Futsal, Explorace, serta kuiz dalam talian. Selain itu, sambutan Hari Guru kali ini turut meraikan persaraan Ustaz Abdul Aziz B Sheikh Ahmad yang telah tamat berkhidmat.
Sedikit bingkisan tema, bagi mencapai negara yang serba maju daripada pelbagai aspek termasuk sisi manusiawi, negara amat memerlukan generasi yang berupaya mengisi masa hadapan yang serba digital, justeru perlu dididik oleh para ilmuwan dan pendidik manusiawi yang juga cerdas akan dunia digital bagi memberikan bimbingan dan tarbiah yang terbaik.
Semoga sambutan kali ini sedikit sebanyak menjadi ruang dan peluang dalam menghargai jasa guru-guru SMIAAG.
Dari Meja Editor