Di bawah Program Inspirasi Pendidikan YaPEIM- Seramai 119 calon yang akan menduduki peperiksaan SPM 2023 akan menerima modul bagi subjek Bahasa Melayu dan Sejarah.
Modul ini merupakan suntikan terakhir kepada calon SPM untuk mempersiapkan diri dengan bentuk soalan yang bakal dihadapi kelak. Kesediaan soalan-soalan yang menepati standard soalan sebenar peperiksaan SPM yang digubal oleh guru-guru pakar yang dilantik.
Majlis simbolik penyerahan modul serta lawatan sulung oleh Tuan Hj. Yaacob Bin M.Alias, Ketua Penyelaras Sumber Dana Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri Selangor ke Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak telah membuka pintu diplomasi dan kolaboratif pihak YAPEIM bersama SMIAAG demi pendidikan. Majlis ini juga dihadiri oleh Pn. Alia Binti Md. Nazir, Pengetua SMIAAG bersama Ust Shahrul Nizam Bin Shahdan, PK Kurikulum SMIAAG.
Pn. Alia Binti Md. Nazir, Pengetua SMIAAG menyatakan pembekalan modul SPM YaPEIM ini ternyata akan memberi impak positif dalam pencapaian pelajar dan sekolah secara amnya, khususnya bagi dua mata pelajaran wajib lulus ini.
Beliau turut mengucapkan terima kasih di atas usaha YaPEIM dalam menyediakan modul untuk membantu para pelajar selain mengharapkan usaha sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.