Deutschland online bookmaker http://artbetting.de/bet365/ 100% Bonus.

PASUKAN SMIAAG PESERTA SEPARUH AKHIR CABARAN DEBAT MUDA 2121

 

Pada 20 hingga 23 Januari 2017, SMIAAG telah menghantar suatu pasukan ke pertandingan debat Bahasa Melayu kategori bawah 21 tahun di Universiti Teknologi Petronas. Pertandingan ini disertai oleh institusi-institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah dari seluruh Malaysia.

Setelah memenangi 4 daripada 5 pusingan liga, pasukan Al-Amin menduduki tangga ke-10 daripada 56 pasukan, sekaligus melayakkan mereka ke peringkat octo-final. Akhirnya, kemaraan pasukan Al-Amin terhenti apabila ditewaskan oleh pasukan daripada Universiti Malaya pada peringkat separuh akhir dengan juri 4-1.

Sepanjang pertandingan ini, pasukan Al-Amin telah bertanding menentang pelbagai sekolah dan institusi pengajian tinggi termasuklah Pusat Asasi UIA, Malay College Kuala Kangsar (MCKK), Sekolah Agama Menengah Hulu Langat, Multimedia University dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kampus Gombak.

Banyak pengalaman yang dapat ditimba dan pelajaran yang dapat diperoleh hasil daripada pertembungan dengan para pendebat lain khasnya daripada IPT.

Berhadapan dengan lawan yang begitu hebat dan mencabar memaksa para peserta untuk keluar daripada zon selesa sekaligus mengasah kemahiran berfikir secara kritis, serta kemahiran mencari dan menganalisa fakta. Kemahiran-kemahiran ini digandingkan pula dengan kemahiran menyampaikan idea dan hujah dengan jelas, teratur, berkesan dan berakhlak.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pendebat SMIAAG, khasnya peserta CDM2121 iaitu:

1. Muhammad Naufal bin Mohd Hanipa (Tingkatan 3)

2. Abdullah Afeeq bin Shafiee (Tingkatan 4)

3. Nik Faqihah Auni binti Nik Kalizan (Tingkatan 4)

4. Muhammad Danial bin Mohd Farook (Tingkatan 5)

Semoga dapat mengekalkan dan mempertingkatkan kecemerlangan pada pertandingan-pertandingan yang akan datang serta menjadi jurufikir dan jurubicara Ummah suatu hari nanti.

Sekalung penghargaan buat Cikgu Nor Latipah dan Cikgu Nor Faizura sebagai guru debat dan guru pengiring pasukan ini.

Sekalung apresiasi juga buat semua alumni dan keluarga para pendebat yang hadir memberikan sokongan dan bantuan secara langsung mahupun tidak langsung.

Hanya Allah mampu membalas jasa kalian!

Download Template Joomla 3.0 free theme.

Berita Lain

Statistik Pengunjung

Hari ini: 18
Kemarin: 8
Minggu Ini: 30
Minggu Lalu: 118
Bulan Ini: 1383
Bulan Kemarin: 1529
Total: 87179

Hubungi SMIAAG

Hubungi sekolah untuk sebarang soalan atau pertanyaan.

  • Hot line: 03-61872430