Deutschland online bookmaker http://artbetting.de/bet365/ 100% Bonus.

PEMAKLUMAN UJIAN SARINGAN UKM1 TAHUN 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Ujian Saringan UKM 1 telah bermula dari 1 Februari 2017 hingga 31 Mei 2017. Ujian ini merupakan saringan pertama untuk mencari murid pintar dan berbakat bagi menyertai program-program berikut:

2.1     Murid beragama Islam berusia 8 tahun ( tahun 2 pada tahun 2017 ) untuk Program Perkhemahan PERMATA Insan di Universiti Sains  Islam Malaysia (USIM) 2017.

2.2     Murid beragama Islam berusia 11 tahun ( Tahun 5 pada tahun 2017 ) untuk Program Perkhemahan Khas PERMATA Insan di USIM 2018 untuk kemasukan ke Kolej PERMATA Insan pada tahun 2019.

2.3     Murid pelbagai bangsa berusia 9-15 tahun untuk Program Perkhemahan Cuti Sekolah STEM UKM-JHU 2017-2018 di Pusat PERMATA Pintar Negara ,UKM.

2.4     Murid berusia 11-15 tahun untuk kemasukan ke Kolej Permata Pintar UKM pada tahun 2018.

Sehubungan itu, ibubapa boleh menggalakkan anak-anak berumur 8-15 tahun mengambil ujian tersebut dengan mengakses laman web   http:ukm1.permatapintar.edu.my. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, boleh menghubungi pegawai Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Dr Satilawati Binti Ramli ditalian 03-88849572 / 88837005.

 

Download Template Joomla 3.0 free theme.

Berita Lain

Statistik Pengunjung

Hari ini: 3
Kemarin: 43
Minggu Ini: 128
Minggu Lalu: 260
Bulan Ini: 566
Bulan Kemarin: 1044
Total: 88829

Hubungi SMIAAG

Hubungi sekolah untuk sebarang soalan atau pertanyaan.

  • Hot line: 03-61872430