Deutschland online bookmaker http://artbetting.de/bet365/ 100% Bonus.

SEJARAH TELAH TERCIPTA: SMIAAG UNGGULI CABARAN DEBAT ZA'BA 2017

 

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Pada 3 hingga 5 Mac 2017, SMI Al-Amin Gombak telah menghantar pasukan debat Bahasa Melayu dan pasukan debat Bahasa Inggeris ke Cabaran Debat Za'ba anjuran Kolej Pendeta Za'ba, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Setelah bertanding selama dua hari menentang sekolah-sekolah deripada seluruh negara, pasukan debat Bahasa Melayu telah berjaya meraih gelaran JUARA setelah menewaskan Sekolah Menengah Sains Teluk Intan di pusingan akhir. Pasukan debat bahasa Inggeris pula berjaya memasuki pusingan separuh akhir tetapi tewas di tangan Kolej Tunku Kurshiah.

Pasukan debat bahasa Melayu SMIAAG memenangi pusingan akhir dengan juri 5-0 margin 3.28, sebuah pencapaian yang amat membanggakan. Pendebat terbaik pusingan akhir pula ialah Muhammad Naufal, yang merupakan pendebat pertama pasukan debat BM SMIAAG.

Pasukan debat BM SMIAAG juga merupakan pasukan yang tidak pernah kalah dalam 5 pusingan liga; dan mara ke pusingan akhir pada kedudukan pertama daripada 40 pasukan. Uniknya, pasukan ini mendapat kedudukan pertama sejak tamat pusingan pertama, dan mereka berjaya mengekalkan kedudukan ini sehingga tamat pusingan ke-5.

Ketiga-tiga pendebat BM SMIAAG juga mendapat tiga kedudukan teratas dalam kedudukan pendebat (top 3 best speaker) dengan Abdullah Afeeq sebagai pendebat terbaik keseluruhan, diikuti oleh Faqihah Auni dan Muhammad Naufal di tempat kedua dan ketiga.

Kejayaan yang menyeluruh seperti ini ialah kejayaan yang pertama kali dicapai oleh pasukan debat BM SMIAAG.

Tahniah diucapkan kepada pasukan debat Bahasa Melayu:
1. Muhammad Naufal bin Mohamed Hanipa (Tingkatan 3)
2. Abdullah Afeeq bin Shafiee (Tingkatan 4)
3. Nik Faqihah Auni binti Nik Kalizan (Tingkatan 4)

Pasukan debat bahasa Inggeris pula telah berjaya memasuki peringkat separuh akhir apabila telah memenangi 4 daripada 5 pusingan liga, dan mendapat kedudukan ke-3 daripada 20 pasukan.

Tahniah diucapkan kepada pasukan debat bahasa Inggeris:
1. Umar bin Ammar (Tingkatan 3)
2. Inas Sofiya binti Mohd Adam (Tingkatan 4)
3. Muhammad Rasyid Ridha bin Haji Muhamad Juhari (Tingkatan 4)

Semoga kemahiran yang diperoleh sepanjang proses untuk mencapai kejayaan gilang-gemilang ini diaplikasikan untuk manfaat ummah sejagat. Moga antum menjadi jurufikir dan jurubicara ummah suatu hari nanti.

Pertingkatkan usaha, ikhlaskan niat, rendahkanlah hati, dan bersyukurlah atas nikmat yang dikurniakan oleh Tuhanmu. Tiada daya dan tiada upaya kecuali dengan izinNya.
Moga kejayaan ini menjadi batu loncatan untuk kejayaan-kejayaan pada masa akan datang.

Sekalung apresiasi buat Cikgu Latipah dan Cikgu Syuhada selaku guru pengiring pasukan debat SMIAAG. Moga Allah membalas jasa kalian.

Setinggi-tinggi penghargaan buat para alumni dan jurulatih yang sudi melapangkan masa untuk melatih para pendebat SMIAAG, sehingga mampu meraih pencapaian setinggi ini. Komitmen dan bantuan para ibu bapa dan keluarga pendebat juga amatlah dihargai.

Tidak dilupakan kepada para pelapis debat, yang bekerja keras bersengkang mata untuk membantu ketika latihan para peserta. Antum adalah sebahagian yang amat penting daripada kejayaan pasukan debat SMIAAG!

Terima kasih juga kepada semua yang membantu secara langsung mahupun tidak langsung. Hanya Allah mampu membalas jasa kalian semua.

Kali terakhir pasukan debat bahasa Melayu mendapat juara mana-mana pertandingan ialah pada tahun 2009 dalam MUSLEH International Students Debating Championship.

 

 

 

Download Template Joomla 3.0 free theme.

Berita Lain

Statistik Pengunjung

Hari ini: 16
Kemarin: 35
Minggu Ini: 51
Minggu Lalu: 205
Bulan Ini: 527
Bulan Kemarin: 1111
Total: 90956

Hubungi SMIAAG

Hubungi sekolah untuk sebarang soalan atau pertanyaan.

  • Hot line: 03-61872430