Deutschland online bookmaker http://artbetting.de/bet365/ 100% Bonus.

SMIAAG JUARA DEBAT PIALA MENTERI BESAR PERAK

Alhamdulillah ala kulli hal wa nikmah

Pada 14 hingga 16 Julai 2017, SMI Al-Amin Gombak telah menghantar pasukan debatnya ke Debat Piala MB Perak yang bertempat di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Kuala Kangsar.

Pasukan debat bahasa Melayu telah berjaya meraih johan setelah menewaskan Malay College Kuala Kangsar (MCKK) di pentas akhir, SMK Jitra di peringkat separuh akhir, dan Kolej Tengku Kushiah (TKC) di peringkat suku akhir.

Pada pusingan awal, pasukan debat bahasa Melayu telah berjaya memenangi empat daripada lima perlawanan, melayakkan mereka mendapat kedudukan ketiga daripada 20 buah pasukan.

Manakala, pasukan debat bahasa Inggeris telah memenangi dua daripada empat perlawanan pada pusingan awal dan mendapat kedudukan keenam daripada sepuluh buah pasukan.

Tahniah diucapkan kepada:

Pasukan debat bahasa Melayu SMIAAG

1. Muhammad Naufal bin Mohamed Hanipa

2. Abdullah Afeeq bin Shafiee

3. Nik Faqihah Auni binti Nik Kalizan

4. Nursyuhada Alya binti Abd Hisham

dan

Pasukan debat bahasa Inggeris SMIAAG

1. 'Umar bin Ammar

2. Muhammad Rasyad bin Salahuddin

3. Farah Nurizzah binti Khairuddin

4. Muhammad Rasyid Ridha bin Muhamad Juhari

Tidak dilupakan, salah seorang pelapis debat bahasa Melayu, Anis Batrisya binti Azlan, telah menyertai pasukan SWING, sebuah pasukan yang ditubuhkan daripada pelbagai sekolah untuk melengkapkan jumlah pasukan, dan berjaya mendapat tiga pendebat terbaik pada pusingan awal.

Kisah ini merupakan kisah keringat, kopi, dan air mata. Kejayaan ini takkan dicapai tanpa usaha yang hebat dan berterusan oleh para peserta, serta komitmen, sokongan dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi daripada guru-guru, para jurulatih, dan ibu bapa peserta. Jazakumullahu khairan kathira diucapkan.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk kejayaan yang lebih hebat pada masa akan datang, serta menjadi inspirasi kepada para pendebat untuk menjadi pemikir dan jurubicara buat Ummah.

SMIAAG, di sini lahirnya juara!

Download Template Joomla 3.0 free theme.

Berita Lain

Statistik Pengunjung

Hari ini: 47
Kemarin: 40
Minggu Ini: 47
Minggu Lalu: 497
Bulan Ini: 764
Bulan Kemarin: 2434
Total: 94654

Hubungi SMIAAG

Hubungi sekolah untuk sebarang soalan atau pertanyaan.

  • Hot line: 03-61872430