Deutschland online bookmaker http://artbetting.de/bet365/ 100% Bonus.

PELAKSANAAN UJIAN IQRA (INTERNATIONAL QUALITY RANGE ASSESSMENT) ATAS TALIAN

Merujuk surat arahan daripada pihak Pendidikan IKRAM-Musleh (no. rujukan: I-M/Pent/IQRA/100-I Ogos/ 17 ) bertarikh 9 september 2017, satu ujian akan dijalankan melibatkan semua pelajar tingkatan 4 di semua sekolah rangkaian IKRAM-Musleh di seluruh Negara.

Ujian ini akan diadakan secara atas talian (on-line) pada 2 sidang dan mengambil masa selama 2 jam 20 untuk setiap sesi. Seorang pelajar cuma perlu hadir untuk satu sesi, mengikut kelas masing-masing.

Sehubungan itu, semua pelajar tingkatan 4 SMIAAG dibenarkan untuk membawa telefon pintar masing-masing ke sekolah pada hari-hari yang telah dijadualkan (rujuk jadual yang dilampirkan). Semua telefon pintar perlu diserahkan ke pejabat sekolah sebelum dan selepas ujian dijalankan.

Pelajar yang menggunakan telefon pintar akan menjawab di kelas masing-masing, manakala pelajar-pelajar lain akan menjawab di makmal komputer.

Sekian, harap maklum terima kasih atas kerjasama.

JADUAL UJIAN IQRA’:

KELAS

TARIKH (HARI)

MASA

4 SALAHUDDIN

19 SEPT 2017 (SELASA)

9.50 PG – 12.30 TGHARI

(USRAH & BI – CG. YUSMEDARWATI)

4 NURUDDIN

19 SEPT 2017 (SELASA)

9.50 PG – 12.30 TGHARI

(USRAH & B.A – UST. AMEER AFIFI)

4 THORIQ

26 SEPT 2017 (SELASA)

9.50 PG – 12.30 TGHARI

(USRAH & EKON- CG. FAIZURA/

FIZIK- CG. SITI SYAIKHIAH)

4 IMAD

26 SEPT 2017 (SELASA)

9.50 PG – 12.30 TGHARI

(USRAH & EKON- CG. FAIZURA/

FIZIK- CG. SITI SYAIKHIAH)

Download Template Joomla 3.0 free theme.

Berita Lain

Statistik Pengunjung

Hari ini: 16
Kemarin: 35
Minggu Ini: 51
Minggu Lalu: 205
Bulan Ini: 527
Bulan Kemarin: 1111
Total: 90956

Hubungi SMIAAG

Hubungi sekolah untuk sebarang soalan atau pertanyaan.

  • Hot line: 03-61872430