Deutschland online bookmaker http://artbetting.de/bet365/ 100% Bonus.

BAHAS ALA PARLIMEN, SMIAAG JUARA DAERAH GOMBAK!

6 MAC 2018- Alhamdulillah, Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak telah berjaya menewaskan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh pada peringkat akhir Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Gombak yang bertempat di SMK Seri Garing, Rawang.

Setelah SMIAAG berjaya memenangi bahas di peringkat zon pada 22 Februari yang lalu, SMIAAG melayakkan diri mara ke peringkat daerah. Sebelum itu, SMIAAG  berjaya menewaskan Sekolah Agama Menengah Rawang pada peringkat separuh akhir.

Nik Faqihah Auni binti Nik Kalizan telah berjaya dinobatkan sebagai pembahas terbaik pada pentas akhir.

Namun atas kapasiti SMIAAG sebagai sekolah swasta kita hanya mampu berjuang di peringkat akhir daerah Gombak sahaja.

Semoga kejayaan ini dapat mengharumkan lagi nama baik sekolah dan MUSLEH di peringkat daerah Gombak. Ayuh terus mendokan kejayaan SMIAAG dalam pertandingan-pertandingan bahas dan debat demi melahirkan jurubicara ummah pada masa hadapan. InsyaAllah.

 

 

 

Download Template Joomla 3.0 free theme.

Berita Lain

Statistik Pengunjung

Hari ini: 71
Kemarin: 63
Minggu Ini: 314
Minggu Lalu: 437
Bulan Ini: 920
Bulan Kemarin: 1588
Total: 111820

Hubungi SMIAAG

Hubungi sekolah untuk sebarang soalan atau pertanyaan.

  • Hot line: 03-61872430