Deutschland online bookmaker http://artbetting.de/bet365/ 100% Bonus.

CABARAN DEBAT ZA'ABA 2018


Pada 9 hingga 11 Mac 2018, SMI Al-Amin Gombak telah menghantar pasukan debat bahasa Inggeris dan bahasa Melayu ke Cabaran Debat Za'aba di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pasukan debat bahasa Inggeris telah berjaya ke peringkat separuh akhir setelah menewaskan Sekolah Menengah Sains Teluk Intan di peringkat suku akhir. Namun, akhirnya tewas setelah memberikan saingan yang sengit kepada Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) di peringkat separuh akhir. STAR merupakan juara keseluruhan dan juara liga kategori bahasa Inggeris.

Pada pusingan awal, pasukan debat bahasa Inggeris telah berjaya memenangi tiga daripada empat perlawanan, melayakkan mereka mendapat kedudukan keempat daripada 20 buah pasukan.

Manakala, pasukan debat bahasa Melayu telah berjaya memasuki pusingan kalah mati setelah memenangi empat daripada lima perlawanan pada pusingan awal dan mendapat kedudukan ketiga daripada 42 buah pasukan. Namun kecundang di tangan pasukan SBPI Gombak dengan juri 4-1 margin 2 di peringkat suku akhir. SBPI Gombak merupakan juara keseluruhan bagi kategori bahasa Melayu.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada:

Pasukan debat bahasa Inggeris SMIAAG
1. Umar bin Ammar (Tingkatan 4)
2. Muhammad Rasyid Ridha bin Muhamad Juhari (Tingkatan 5)
3.  Farah Nurizzah binti Khairuddin (Tingkatan 3)

dan

Pasukan debat bahasa Melayu SMIAAG
1. Salahuddin Yusuf Al-Ayyubi bin Iskandar Zulkarnain (Tingkatan 1)
2. Muhammad Naufal bin Mohamed Hanipa (Tingkatan 4)
3. Anis Batrisya binti Azlan (Tingkatan 3)

Sekalung penghargaan juga buat para guru, ibu bapa, alumni dan jurulatih, penyokong, serta semua yang terlibat membantu. Semoga Allah balas jasa kalian!

Semoga kejayaan ini menjadi motivasi untuk para pendebat melonjakkan potensi mereka bagi menggapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang serta menjadi manusia yang bermanfaat buat umat sejagat.

SMIAAG, sehati sejiwa!

 

 

Download Template Joomla 3.0 free theme.

Berita Lain

Statistik Pengunjung

Hari ini: 17
Kemarin: 36
Minggu Ini: 204
Minggu Lalu: 229
Bulan Ini: 703
Bulan Kemarin: 892
Total: 107681

Hubungi SMIAAG

Hubungi sekolah untuk sebarang soalan atau pertanyaan.

  • Hot line: 03-61872430