Deutschland online bookmaker http://artbetting.de/bet365/ 100% Bonus.

SMIAAG NAIB JOHAN DEBAT YAYASAN SELANGOR KE-10

Alhamdulillah ala kulli hal.

Pada 16-18 Mac 2018, SMIAAG telah menghantar pasukan debat bahasa Melayu dan dua orang pemidato bahasa Inggeris ke pertandingan Debat dan Pidato Yayasan Selangor ke-10 di Asrama Yayasan Selangor Klang.

Pasukan debat bahasa Melayu telah berjaya meraih gelaran naib johan setelah menewaskan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di peringkat suku akhir dan SBPI Gombak di peringkat separuh akhir.

Di pentas akhir, SMIAAG kecundang apabila menentang Sekolah Dato Abdul Razak (SDAR), setelah memberikan saingan yang sangat sengit, dengan margin 1, juri 4-3.

Abdullah Afeeq dan Nik Faqihah Auni masing-masing telah berjaya mendapat anugerah pendebat terbaik ketiga dan kelima keseluruhan.

 

Tahniah diucapkan kepada pasukan debat Bahasa Melayu:

1. Muhammad Naufal bin Mohamed Hanipa

2. Abdullah Afeeq bin Shafiee

3. Nik Faqihah Auni binti Nik Kalizan

4. Anis Batrisya binti Azlan

 

Para pemidato bahasa Inggeris juga telah memberikan yang terbaik walaupun pertandingan ini merupakan pertandingan pidato pertama mereka.

 

Tahniah kepada para pemidato bahasa Inggeris:

1. Umar bin 'Ammar

2. ​Uwais bin Romzi

 

Semoga segala pengalaman dan ilmu yang diperoleh dalam pertandingan ini menjadi dorongan untuk mempertingkatkan kecemerlangan dalam pertandingan-pertandingan yang akan datang, serta membantu menjadikan anda semua modal insan individu Muslim yang Soleh wa Musleh.

Jazakumullahu khairan kathira kepada para jurulatih, alumni, guru-guru pengiring, dan para ibu bapa yang sentiasa menyokong dan mendokong aktiviti pembinaan modal insan ini. Semoga Allah merahmati kalian!

 

Download Template Joomla 3.0 free theme.

Berita Lain

Statistik Pengunjung

Hari ini: 23
Kemarin: 15
Minggu Ini: 50
Minggu Lalu: 79
Bulan Ini: 381
Bulan Kemarin: 1974
Total: 104809

Hubungi SMIAAG

Hubungi sekolah untuk sebarang soalan atau pertanyaan.

  • Hot line: 03-61872430