Deutschland online bookmaker http://artbetting.de/bet365/ 100% Bonus.

SMIAAG NAIB JOHAN PERTANDINGAN DEBAT PIALA PENGARAH KAMPUS, DPPK (LIGA IPT)

Syukur ke hadrat ilahi, pasukan debat bahasa Melayu SMIAAG telah merangkul naib johan dalam Pertandingan Debat Piala Pengarah Kampus yang diadakan pada 5-7 April 2018 di Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan.

SMIAAG telah berjaya mengalahkan beberapa pasukan IPT seperti Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pasukan A dan B pada pusingan awal seterusnya melayakkan diri ke pusingan kalah mati.

Perjuangan SMIAAG terus mengalahkan Kolej Poly-Tech MARA Kuala Lumpur di peringkat suku akhir dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di peringkat separuh akhir.

Pada peringkat akhir, SMIAAG menentang Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam sekali gus meraih gelaran naib johan.

Tahniah kepada para pendebat;

1. Nik Faqihah Auni binti Nik Kalizan (Tingkatan 5)

2. Muhammad Naufal bin Mohamed Hanipa (Tingkatan 4)

3. Anis Batrisya binti Azlan (Tingkatan 3)

4. Salahuddin Yusuf Al-Ayyubi bin Iskandar Zulkarnain (Tingkatan 1)

Lebih manis lagi, dua orang pendebat SMIAAG - Anis Batrisya dan Muhammad Naufal telah berjaya mendapat ranking 5 dan 7 bagi senarai pendebat terbaik keseluruhan.

Terima kasih buat guru-guru, para alumni, ibu bapa dan penyokong yang sentiasa membantu dan mendoakan kejayaan debat SMIAAG.

Semoga pasukan debat SMIAAG terus berjaya menempah nama dan mengharumkan nama MUSLEH di peringkat kebangsaan. Insyallah.

 

 

Download Template Joomla 3.0 free theme.

Berita Lain

Statistik Pengunjung

Hari ini: 18
Kemarin: 28
Minggu Ini: 133
Minggu Lalu: 184
Bulan Ini: 416
Bulan Kemarin: 1230
Total: 102160

Hubungi SMIAAG

Hubungi sekolah untuk sebarang soalan atau pertanyaan.

  • Hot line: 03-61872430