|
| |
|
|

Keputusan SPM 2009 telah diumumkan pada tanggal 11 Mac 2010 yang mempamerkan keputusan yang agak baik bagi Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak. Peratus pelajar yang mendapat 8A ke atas adalah sebanyak 31% (sasaran 30%). Pelajar terbaik SPM kali ini ialah Nurazlina Binti Azizi dengan keputusan 13A+ 1A dan Amir Fuhaira Bin Mohd Fuad 15A. Berikut adalah bilangan pelajar yang cemerlang kali ini: - 15A = 1 orang
- 14A = 1 orang
- 12A = 3 orang
- 11A = 9 orang
- 10A = 6 orang
- 9A = 7 orang
- 8A = 6 orang
- 7A = 9 orang
Tahniah di atas kejayaan semua pelajar dan sekalung penghargaan kepada guru-guru SMIAAG di atas pengorbanan dan tunjuk ajar yang dicurahkan selama ini.  Pelajar cemerlang Nurazlina Azizi bersama ibu bapa dan pengetua SMIAA |
|
Baca lagi...
|
|
|
Temasya Sukan dan Permainan (TESPER) 2010 telah diadakan pada hari khamis, 25 Februari 2010 yang lalu dgn dirasmikan oleh En. Wan Muhammad bin Wan Ibrahim selaku ahli Lembaga Pengelola PPAA. Antara acara yang dipertandingkan dalam TESPER kali ini adalah bola jaring, badminton, futsal padang, ping pong, senam robik, bola tampar, sepak takraw dan lain-lain lagi. Kemuncak acara adalah merentas desa mengelilingi laluan UIA yang menyaksikan kesemua peserta rumah sukan berhempas tenaga untuk menamatkan larian mereka. Secara keseluruhan, rumah yang menjadi juara pada temasya sukan kali ini adalah rumah Al-Falah, diikuti rapat rumah Al-Fatah (tempat kedua), As-Solah (ketiga) dan seterusnya rumah An-Najah. Tahniah kepada mereka yang berjaya. Yang menang merendah diri, yang kalah usaha lagi!   Perbarisan rumah sukan  Juara Al-Falah! |
|
Baca lagi...
|
|
|
TAHNIAH... diucapkan kepada murid tingkatan 4 TENGKU AMIRAH BT TENGKU JOHARI, SYAZA BT MOHAMED NIZAM, SYIFA' BT KAMARUDIN dan SARAH HANISAH BT MOHD ZAIFULLIZAN di atas kejayaan mereka mengharumkan nama Sekolah Menengah Islam Al-Amin, dengan merangkul Naib Johan di dalam pertandingan kuiz " SEMPENA HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA" anjuran Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental, anjuran Hospital Kuala Lumpur pada 19 OGOS 2009 baru-baru ini. |
|
|
TAHNIAH diucapkan kepada bekas pelajar SMIAAG
SITI MARYAM BT ABDUL LATIF di atas kecemerlangannya sepanjang mengikuti program Certified Accounting Technician(CAT) di Sunway University College. Beliau telah dianugerahkan ENTRANCE SCHOLARSHIP 2009 oleh Tan Sri Dato' Seri Dr. Jeffrey Cheah dalam satu majlis gilang-gemilang anjuran Sunway University College baru-baru ini. |
|
Baca lagi...
|
|
|
<< Awal < Sebelumnya 1 2 Berikutnya > Tamat >>
|
| Keputusan 1 - 6 dari 7 |