| Majlis Apresiasi Seni Banat (MASBA) 2010 |
|
MASBA DATANG LAGI!!! Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak akan mengadakan Majlis Apresiasi Seni Banat atau lebih sinonim dengan panggilan MASBA 2010 tidak lama lagi. Para pelajar yang terlibat kini sedang giat menjalankan latihan setiap hari demi menjayakan acara yang dinanti-nantikan ini. MASBA adalah salah satu platform yang mencungkil bakat terpendam banat Al-Amin dalam acara kesenian dan kebudayaan yang masih dibatasi aurat dan norma Islam. Hayati persembahan bermesej dari pelajar-pelajar banat SMIAAG berbentuk pentomin, dikir barat, nasyid, choral speaking dan banyk lagi. Butir-butir majlis adalah seperti berikut: Tarikh: 17 Julai 2010 (Sabtu)Tempat: Auditorium Utama UIAM GombakMasa: 2.30 hingga 5.30 petang Harga tiket: RM10(dewasa) RM5(kanak-kanak)Kepada yang berminat (muslimat sahaja) untuk menyaksikan MASBA kali ini, bolehlah menempah tiket menerusi pejabat SMIAAG atau melalui Cikgu Arash di talian 012-3687172. Sokongan dan sumbangan dari semua pihak amatlah dialu-alukan.
|
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
“Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu, sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan, dan dusta itu menimbulkan keraguan.” ~ (Attirmidzi)
MUSLEH mempunyai rangkaian sekolah Islam di seluruh Malaysia. Menawarkan pendidikan berkualiti Baca lagi...
Anda dipelawa menyumbang kepada Tabung Kebajikan Sekolah bagi membantu memenuhi Baca lagi...