Deutschland online bookmaker http://artbetting.de/bet365/ 100% Bonus.

Iklan Jawatan Kosong - Kerani Akaun dan Tadbir

 

 
Kami mengalu-alukan calon-calon yang berperibadi muslim/muslimah, berdedikasi dan komited untuk menjadi sebahagian dari warga Sekolah Rendah Islam Al-Amin Cheras Selatan di bawah pengurusan Akademi Al-Amin BTR Sdn Bhd dan mengisi kekosongan jawatan di bawah:

JAWATAN: KERANI AKAUN DAN TADBIR
STATUS: TETAP
BILANGAN KEKOSONGAN: 1
TARIKH DIPERLUKAN: 1 DISEMBER 2015
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 14 NOVEMBER 2015

Tugas utama:
1. Membantu urusan pentadbiran sekolah
2. Menguruskan sistem pengurusan sekolah (SPS) - pendaftaran murid dsb
3. Menguruskan penerimaan yuran dan yuran tertunggak.
4. Menyediakan surat-surat dan dokumen pentadbiran yang berkaitan,
5. Membantu Guru Besar dalam hal pentadbiran dan operasi sekolah,
6. Membantu Eksekutif Akaun dalam urusan kewangan.
7. Mengurus dan menjaga kaunter utama pejabat.
8. Berhubung dengan ibubapa dan pihak luar dari masa ke masa

Syarat Kelayakan:
1. Mempunyai kelulusan SPM atau Diploma.
2. Mempunyai pengetahuan asas perakaunan adalah diutamakan.
3. Berperibadi muslim/muslimah dan bersedia untuk mengikuti sistem tarbiah Al-Amin.
4. Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik.
5. Mempunyai kemahiran 'multi-tasking'.
6. Mahir menggunakan komputer dan cekap dalam mempelajari perisian baru.
7. Mempunyai ciri-ciri kepimpinan.
8. Mempunyai kenderaan sendiri dengan lesen memandu kereta/menunggang motosikal yang sah adalah satu kelebihan.
9. Bertanggungjawab, amanah, proaktif dan mempunyai kemahiran interpersonal yang baik.
10. Tidak merokok.
11. Warganegara Malaysia.
12. Mempunyai pengalaman bekerja sebagai kerani atau pembantu tadbir juga satu kelebihan. Namun fresh graduate juga dialu-alukan memohon.

Kelebihan yang diberikan: Ganjaran persaraan, elaun perubatan, bonus tahunan, kenaikan gaji tahunan, subsidi sarapan/makan tengahari/minum petang, dan lain-lain yang tertakluk di dalam Skim Perkhidmatan Akademi Al-Amin BTR Sdn Bhd.

Cara memohon:
• Permohonan boleh dilakukan secara atas talian (online) melalui laman web al-amin.edu.my/sriaacs dan lihat di bahagian ‘Pautan Al-Amin' di kanan halaman, di bawah tajuk ‘Permohonan Kerja'.
• Selain itu anda juga boleh menghantar CV kepada pihak kami melalui e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dan tuliskan subjek e-mel dengan nama jawatan yang dipohon (Kerani Akaun dan Tadbir)
• Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi kami melalui e-mel tertera atau telefon kami di 03-9081 9441 (Pn Hamidah/En.Rasydan) pada waktu pejabat (8.00 pg - 5.00 ptg)

Terima kasih.

Job Info:
  • Job Type: Non-Executive
  • Contract Type: Full-time
  • Experience Level: Any
  • Category: Admin/Data Entry | Customer Svc/Call Centre | Education/Training
  • Job Location: Selangor (Cheras)
  • Application Deadline: 14 Nov 2015
  • Email Address to Receive Resumes: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Download Template Joomla 3.0 free theme.

Berita Lain

Statistik Pengunjung

Total: 31474

Hubungi SRIAACS

Hubungi sekolah untuk sebarang soalan atau pertanyaan.

  • Hot line: 039081 9441