Deutschland online bookmaker http://artbetting.de/bet365/ 100% Bonus.

Jawatan Kosong - Guru Tahfiz/Diniah

IKLAN JAWATAN KOSONG

AKADEMI AL-AMIN BTR SDN BHD/SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-AMIN CHERAS SELATAN

Kami mengalu-alukan calon-calon yang berperibadi muslim/muslimah, berdedikasi dan komited untuk menjadi sebahagian dari warga Sekolah Rendah Islam Al-Amin Cheras Selatan di bawah pengurusan Akademi Al-Amin BTR Sdn Bhd dan mengisi kekosongan jawatan di bawah:

JAWATAN: GURU TAHFIZ DAN DINIAH

STATUS: TETAP

BILANGAN KEKOSONGAN: 1

TARIKH DIPERLUKAN: 21 MAC 2016 (DIPERLUKAN SEGERA)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 10 MAC 2016

Syarat Kelayakan:

  1. Sekurang-kurangnya Diploma Tahfiz atau kelayakan tahfiz yang diiktiraf.
  2. Mempunyai latarbelakang kelayakan ijazah sarjana muda dalam bidang pengkhususan agama.
  3. Berperibadi muslim/muslimah dan bersedia untuk mengikuti sistem tarbiah Al-Amin.
  4. Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik.
  5. Mempunyai kemahiran 'multi-tasking'.
  6. Mempunyai ciri-ciri kepimpinan.
  7. Mempunyai kenderaan sendiri dengan lesen memandu kereta/menunggang motosikal yang sah adalah satu kelebihan.
  8. Bertanggungjawab, amanah, proaktif dan mempunyai kemahiran interpersonal yang baik.
  9. Tidak merokok.
  10. Warganegara Malaysia.
  11. Mempunyai pengalaman bekerja sebagai guru tahfiz adalah satu kelebihan. Namun ‘fresh graduate’ juga dialu-alukan untuk memohon.

Kelebihan yang diberikan: Ganjaran persaraan, elaun perubatan, bonus tahunan, kenaikan gaji tahunan, subsidi sarapan/makan tengahari/minum petang, dan lain-lain yang tertakluk di dalam Skim Perkhidmatan Akademi Al-Amin BTR Sdn Bhd.

Cara memohon:

  • Permohonan boleh dilakukan secara atas talian (online) melalui e-mel dengan menghantar CV kepada pihak kami melalui e-mel ATAU This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dan tuliskan subjek e-mel dengan nama jawatan yang dipohon (Guru Tahfiz & Diniah)
  • Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi kami melalui e-mel tertera atau telefon kami di 03-9081 9441 (Pn Zainab/En.Rasydan) pada waktu pejabat (8.00 pg – 5.00 ptg)

Terima kasih.

Download Template Joomla 3.0 free theme.

Berita Lain

Statistik Pengunjung

Total: 31474

Hubungi SRIAACS

Hubungi sekolah untuk sebarang soalan atau pertanyaan.

  • Hot line: 039081 9441