Deutschland online bookmaker http://artbetting.de/bet365/ 100% Bonus.

Iklan Jawatan Kosong 2017

IKLAN JAWATAN KOSONG

AKADEMI AL-AMIN BTR SDN BHD/SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-AMIN CHERAS SELATAN & AL-AMIN CHERAS SELATAN EARLY CHILDHOOD CENTRE

Kami mengalu-alukan calon-calon yang berperibadi muslim/muslimah, berdedikasi dan komited untuk menjadi sebahagian dari warga Sekolah Rendah Islam Al-Amin Cheras Selatan di bawah pengurusan Akademi Al-Amin BTR Sdn Bhd dan mengisi kekosongan jawatan di bawah. Syarat kelayakan asas dan manfaat umum yang diberi untuk semua jawatan adalah seperti berikut:

  1. Berperibadi muslim/muslimah dan bersedia untuk mengikuti sistem tarbiah Al-Amin.
  2. Mahir asas Al-Quran dan Jawi
  3. Mahir menggunakan komputer dan celik IT.
  4. Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik.
  5. Mempunyai kemahiran 'multi-tasking'.
  6. Mempunyai ciri-ciri kepimpinan.
  7. Mempunyai kenderaan sendiri dengan lesen memandu kereta/menunggang motosikal yang sah adalah satu kelebihan.
  8. Bertanggungjawab, amanah, proaktif dan mempunyai kemahiran interpersonal yang baik.
  9. Tidak merokok.
  10. Warganegara Malaysia.
  11. Mempunyai pengalaman bekerja dalam jawatan yang dipohon adalah satu kelebihan. ‘Fresh graduate’ dialu-alukan juga memohon sekiranya memenuhi syarat lain yang dinyatakan untuk jawatan yang tersenarai.

Kelebihan & manfaat:

  1. Ganjaran persaraan
  2. Elaun perubatan
  3. Kenaikan gaji tahunan berdasarkan prestasi
  4. Subsidi sarapan/makan tengahari/minum petang
  5. Caruman KWSP dan PERKESO
  6. Manfaat lain yang tertakluk di dalam Skim Perkhidmatan Akademi Al-Amin BTR Sdn Bhd.

Kekosongan jawatan, kelayakan  dan cara memohon terperinci adalah seperti di bawah:

JAWATAN 1: GURU PRASEKOLAH

  • STATUS: TETAP
  • BILANGAN KEKOSONGAN: 2
  • TARIKH DIPERLUKAN: 15 DISEMBER 2016
  • TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 15 NOVEMBER 2016
  • Syarat tambahan:
    • Sekurang-kurangnya Diploma Pendidikan Prasekolah/Awal Kanak-Kanak/TESL
    • Calon wanita diperlukan
    • Beragama Islam
    • Berumur 21 hingga 35 tahun
    • Mempunyai kenderaan sendiri ke tempat kerja
    • Pengalaman bekerja di tadika sekurang-kurangnya 1 tahun
    • Gaji permulaan: RM1,700 (Ijazah); RM1,400 (Diploma) atau berdasarkan pengalaman.
    • Mahir asas Bahasa Inggeris (fasih berbahasa Inggeris adalah satu kelebihan).

Cara memohon:

  • Hantar CV kepada pihak kami melalui e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  dan tuliskan subjek e-mel dengan nama jawatan yang dipohon (Guru Prasekolah)
  • Hubungi kami melalui e-mel tertera atau telefon kami di 018-393 6303 (En. Razak) pada waktu pejabat (8.00 pg – 5.00 ptg) untuk pertanyaan lanjut

********

JAWATAN 2: GURU BESAR

  • STATUS: TETAP
  • BILANGAN KEKOSONGAN: 1
  • TARIKH DIPERLUKAN: 1 DISEMBER 2016 (DIPERLUKAN SEGERA)
  • TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 15 NOVEMBER 2016
  • Syarat tambahan:
    • Sekurang-kurangnya mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda.
    • Mempunyai latarbelakang kelayakan dalam bidang pendidikan adalah diutamakan.
    • Mempunyai pengalaman bekerja sebagai guru selama sekurang-kurangnya 10 tahun. Pernah bekerja di sekolah rendah/menengah Islam adalah satu kelebihan.
    • Gaji adalah berdasarkan pengalaman dan kelayakan.

BIDANG TUGAS UTAMA

Menguruskan segenap urusan pentadbiran sekolah selain mengurus dan memantau guru-guru kanan dan staf pentadbiran.

Cara memohon:

• Hantar CV kepada pihak kami melalui e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dan tuliskan subjek e-mel dengan nama jawatan yang dipohon (Guru Besar)

• Hubungi kami melalui e-mel tertera atau telefon kami di 03-9081 9441 (Pn Zainab) pada waktu pejabat (8.00 pg – 5.00 ptg) untuk pertanyaan lanjut.

*******

JAWATAN 3: KERANI AM PENTADBIRAN

  • STATUS: TETAP
  • BILANGAN KEKOSONGAN: 1
  • TARIKH DIPERLUKAN: 1 DISEMBER 2016
  • TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 15 NOVEMBER 2016
  • Syarat tambahan:
    • Mempunyai kelulusan Diploma.
    • Mempunyai kemahiran asas untuk menyelenggara adalah diutamakan. Calon lelaki juga diutamakan atas tugasan ‘hands-on’, namun calon wanita juga layak memohon.
    • Mahir menggunakan komputer dan cekap dalam mempelajari perisian baru.

BIDANG TUGAS

  1. Membantu urusan pentadbiran pejabat syarikat dan sekolah
  2. Membantu menguruskan sebarang urusan luar pejabat untuk urusan bank, pembayaran bil, perkhidmatan serta pelesenan.
  3. Membantu dalam aspek pengurusan aset serta penyelenggaraannya.
  4. Membantu dalam pengurusan dan pengendalian mesyuarat atau acara lain yang berkaitan dengan sekolah dan syarikat.
  5. Membantu guru besar dalam hal operasi sekolah,
  6. Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas- tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja (sekiranya calon lelaki).
  7. Menguruskan penyelenggaraan ruang beserta rekod termasuklah penyelenggaraan komputer.
  8. Membantu guru dan kerani dalam pengurusan dan pemerolehan asset dan inventori barang-barang sekolah, pejabat serta ruang-ruang lain termasuk menguruskan kunci-kunci ruang di sekolah
  9. Membantu dalam pengurusan, penyediaan dan penyimpanan dokumen seperti minit mesyuarat, borang permohonan, memasukkan data ke dalam komputer, penyediaan daftar aset, dan hal lain yang berkaitan.
  10. Membantu kerani dan Eksekutif tadbir dalam urusan kewangan seperti pengurusan yuran tertunggak, kutipan yuran, menjaga kaunter dsb.
  11. Menjalankan tugas yang berkaitan dengan sumber manusia seperti menyediakan iklan jawatan kosong, menjadualkan sesi temuduga, menyediakan borang dan dokumen, menguruskan tuntutan dsb.
  12. Menguruskan urusan takaful dan perkhidmatan lain yang berkaitan.
  13. Membantu dalam urusan pelesenan dan pendaftaran perniagaan.
  14. Mengurus, memantau dan melaporkan perkhidmatan/tugas dan penggajian pengawal keselamatan dan tukang cuci.
  15. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh pihak atasan dari masa ke masa.

Cara memohon:

• Hantar CV kepada pihak kami melalui e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dan tuliskan subjek e-mel dengan nama jawatan yang dipohon (Kerani Am Pentadbiran)

• Hubungi kami melalui e-mel tertera atau telefon kami di 03-9081 9441 (Pn Zainab) pada waktu pejabat (8.00 pg – 5.00 ptg) untuk pertanyaan lanjut.

Download Template Joomla 3.0 free theme.

Berita Lain

Statistik Pengunjung

Total: 31474

Hubungi SRIAACS

Hubungi sekolah untuk sebarang soalan atau pertanyaan.

  • Hot line: 039081 9441