Deutschland online bookmaker http://artbetting.de/bet365/ 100% Bonus.

Articles

Pengenalan SRIAACS

Sekolah Rendah Islam Al-Amin Cheras Selatan (SRIAACS) merupakan sebuah sekolah yang ditubuhkan di bawah usahasama syarikat Akademi Al-Amin BTR (AAA) dan Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad (PPAAB).

AAA telah didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 dengan nombor pendaftaran 1067767-D secara rasmi pada Oktober 2013. AAA bertindak khususnya sebagai pemegang amanah Sekolah Rendah Islam Al-Amin Cheras Selatan yang telah beroperasi sejak 1 Januari 2014. AAA bertanggungjawab dalam melantik ahli Lembaga Pengelola SRIAACS, seterusnya memastikan penyata kewangan disediakan, dan kedudukan kewangan syarikat menurut peruntukan Akta Syarikat 1965. AAA telah melantik Che Zam bin Hamzah dan Ainurul Fallah binti Mohamed dari Vision Management Consultant sebagai setiausaha syarikat.

Penubuhan SRIAACS pada tahun 2014 merupakan suatu rancangan di luar jangka. Dalam usaha untuk memperkasakan tarbiah dan pendidikan Islam dalam kalangan anak-anak, SRIAACS telah berjaya ditubuhkan setahun lebih awal dari yang dijangka. Berbekalkan keazaman dan kesepaduan antara ahli bagi mewujudkan sekolah ini, SRIAACS berjaya merintis jejak sekolah-sekolah lain seperti sekolah di bawah PPAAB dan usahasama lain dalam menawarkan kurikulum nasional sekaligus kurikulum ilmu syariah dalam satu sesi persekolahan.

Sambutan dan sokongan padu yang diberikan khususnya daripada pihak ibubapa yang begitu prihatin terhadap pendidikan yang menjamin kesejahteraan anak-anak mereka di dunia dan akhirat telah menjadi pemangkin untuk mengembangkan lagi sistem pendidikan bersepadu ini.

Penubuhan AAA, beraspirasi dengan semangat yang telahpun dibawa oleh PPAAB, diharapkan dapat membantu memperkasakan Sistem Pendidikan Islam Bersepadu ini ke tahap yang lebih tinggi, kompeten dan professional. Seiring dengan misi melahirkan pelajar soleh wa musleh, cita-cita ini diharapkan dapat menyuburkan kelahiran tunas intelektual Islam yang faqih dan bertaqwa.

Download Template Joomla 3.0 free theme.

Statistik Pengunjung

Total: 31474

Hubungi SRIAACS

Hubungi sekolah untuk sebarang soalan atau pertanyaan.

  • Hot line: 039081 9441