
Senarai Buku SRIAAG 2012
Disertakan Senarai Buku Teks dan Buku Kerja bagi Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak tahun 2012 untuk semua tahap. Jualan buku akan diadakan di sekolah pada 24 - 26hb dis 2011. Klik sini untuk download senarai tersebut.



Disertakan Senarai Buku Teks dan Buku Kerja bagi Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak tahun 2012 untuk semua tahap. Jualan buku akan diadakan di sekolah pada 24 - 26hb dis 2011. Klik sini untuk download senarai tersebut.


Al-Hamdulillah pada 15hb. Oktober (Sabtu) lalu, PPAA telah menganjurkan Majlis Hi Tea bagi mengumpul dana untuk menubuhkan Yayasan Al-Amin. Penceramah utama dalam majlis tersebut ialah Ustaz Dr. Zaharuddin Abd. Rahman (aka zaharuddin.net) membentangkan tajuk 'Cabaran membentuk generasi soleh wa musleh dalam membangunkan ekonomi Islam'. Beliau telah mengupas tajuk ini dengan begitu mendalam dan menarik sekali. Insya Allah pembentangan beliau ini akan disalin dalam bentuk CD serta dimuatkan dalam Youtube.
Majlis Hi Tea ini telah berjaya mengumpul sebanyak kira-kira RM120,000.00 hasil sumbangan pelbagai pihak dan majoritinya ialah ibu bapa Al-Amin. Penubuhan Yayasan Al-Amin bertujuan untuk membantu anak-anak yatim Al-Amin, pelajar cemerlang Al-Amin dan kebajikan guru-guru Al-Amin.
Dalam majlis ini juga video korporat dan booklet Al-Amin dilancarkan bagi meluaskan maklumat berkenaan Yayasan Al-Amin kepada pihak luar.
Pihak SRIAAG mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis berkenaan. Kepada penyumbang-penyumbang didoakan agar mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda serta berterusan dari Allah. Terima kasih sekali lagi.
*Kelihatan dalam gambar dari kiri Us. Shahrom Abu Hassan (pegawai tarbiyah PPAA), Us. Zaharuddin, Hj. Shaharom Md. Shariff (Pengerusi PPAA), En. Mustaffa Malik (Pengerusi PIBG SRIAAG) dan En. Madhadzir (mewakili JK Pendidikan IKRAM) sedang berbincang sesuatu dalam majlis Hi Tea anjuran PPAA.
Muka 1 daripada 7