|
Assalamualaikum,
Ibu bapa yang dikasihi,
Sukacita dijelaskan beberapa perkara berhubung dengan perkara di atas ;
1. Kutipan Amal ;
-tujuan utama kutipan dana ini ialah utk mengisi keperluan PIBG dlm menjalankan aktiviti sepanjang tahun. Antara projek yg akan dijalankan hasil dari kutipan ini ialah ;
a. menggantikan kerusi & meja kantin dengan yg baru & lebih ceria. b. menambah sistem penapisan air utk kemudahan minuman murid c. menggantikan meja murid dlm kelas (1 kelas x 37 meja) d. aktiviti keceriaan sekolah.
-tempoh kutipan dilanjutkan sehingga 23hb. Julai depan. -target jumlah kutipan ialah melebihi RM40k. -hadiah2 menarik disediakan utk kutipan tertinggi mengikut kategori ;
a. 20 kutipan tertinggi keseluruhan. b. kutipan 200.00 ke atas. c. kutipan 100.00 ke 199.00. d. kutipan 50.00 ke 99.00. e. kutipan kelas tertinggi.
-hadiah akan disampaikan semasa malam seni nanti. -antara hadiah yg bakal disediakan ; basikal, reket badminton, jam tangan, kereta 'control', beg dan cenderahati2 lain.
-usaha dan sumbangan ibu bapa semua amat dihargai dan kami dahului dengan ucapan terima kasih. Mudir SRIAAG Ustaz Md Zubir bin Osman
|