
HARI BERSAMA POLIS
LAPORAN CERAMAH KESELAMATAN
LAPORAN CERAMAH KESELAMATAN
( HARI BERSAMA POLIS )
Tarikh : 5 April 2012
Tempat : Musolla SRIAAKL
Masa : 11:00am - 12:30pm
Ucapan aluan dari Pengerusi Majlis ( ustaz syed GK Disiplin Murid ) kepada tetamu yang terdiri daripada :
1. Ketua Polis Balai Hulu Kelang Inspektor Mohd Faizal bin Johny
2. Sarjan Alias bin Mukri
3. Koperal Norshabudin
4. Koperal Suzana bt. Shaharuddin
Sesi penerangan oleh Inspektor Mohd Faizal tentang kes penculikkan dan kes- kes semasa serta langkah-langkah pencegahan yang boleh dan patut dititik beratkan oleh para pelajar ketika diluar sekolah dan di kawasan rumah.Diantara Langkah-langkah pencegahan penculikan :
1. Berhati-hati & pentingkan keselamatan
2. Beritahu ibubapa atau guru sekiranya keluar rumah &mendapatkan keizinan terlebih dahulu
3. Hubungi polis 999 ( 15999 talian nur )
4. Meletakkan no. 999 . 0342573322 - balai polis hulu kelang .
5. Sekiranya ibubapa tiada di rumah beritahu jiran atau duduk dengan jiran.
6. Jangan pergi ke pusat membeli belah sendirian .
7. Jangan bercakap atau menerima barangan daripada orang yang tidak kenal.
8. Keselamatan laluan pergi ke sekolah .
9. Pergi ke sekolah berteman , jangan sendirian .
10. Menjerit sekuatnya sekiranya ditangkap.
Sarjan Alias Mukri mengambil kesempatan memberi beberapa situasi terhadap kesalahan para pelajar yang memasuki pusat-pusat internet seperti cybercafe , beliau menerangkan tentang kesalahan dari sudut bawah umur tidak boleh berada di dalam pusat internet .
Beliau juga menyentuh tentang kesalahan mencuri dan ponteng serta beberapa tingkah laku yang tak baik yang boleh dijatuhkan hukuman dan dihantar ke sekolah pemulihan akhlak ( Henry Gurney )
Seterusnya sesi soal jawab , beberapa pelajar al-amin bertanya perihal cara pencegahan dan situasi genting untuk melepaskan diri dari penculikan .
Akhir sekali , nasihat dari Inspektor kepada anak-anak Al-Amin agar sentiasa memastikan keselamatan diri di mana jua berada . Majlis ditutup dengan tasbih kafarah dan bacaan surah Al-Asr .
Laporan daripada :
GK ( DM ) - Ustaz Syed Abi Mahfudz
(simpanan)
(simpanan)
(simpanan)



















