Deutschland online bookmaker http://artbetting.de/bet365/ 100% Bonus.

JOGATHON SRIAAK 2017

JOGATHON SRI AL AMIN KERAMAT 2017
 
 
Assalamualaikum.
 
PER: Perubahan Tempat ke DEWAN WARDIEBURN & Butiran Program Jogathon
 
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Jogathon SRIAAK 2017 akan diadakan pada Sabtu 14 Okt 17, jam 8:00 pagi, di Kem Wardieburn, Jalan Genting Kelang, Setapak.
 
Sebelum ini, tempat berkumpul, garis mula & garis penamat adalah di Padang Kawad MK 12 Bgd. Namun demikian, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, tempat tersebut telah diubah oleh pihak berkuasa kem, ke Dewan Wardieburn. Oleh yang demikian, pintu masuk bagi semua peserta & para ibu bapa / penjaga juga berubah iaitu melalui pintu besar Kem Wardieburn. Sila lihat Rajah 1.
 
Semua kenderaan hendaklah diletakkan di tempat letak kenderaan sebagaimana yang tertera di Rajah 1. Para peserta serta ibu bapa penjaga akan berjalan kaki masuk ke kem & berkumpul di Dewan Wardieburn.
 
Semua aktiviti akan ditumpukan di Dewan Wardieburn, manakala laluan bagi peserta adalah seperti di Rajah 2 & Rajah 3.
 
Taklimat ringkas untuk semua peserta & para ibu bapa / penjaga akan diadakan sebelum acara bermula bagi memaklumkan the DO's & the DON'T's semasa berada di dalam kem, agar apa jua pelanggaran peraturan dapat dielakkan.
 
Jadual acara adalah seperti berikut:
 
0700 - ketibaan para AJK.
0715 - ketibaan peserta & ibu bapa penjaga.
0730 - taklimat & pendaftaran.
0745- ucapan & perasmian.
0800 - warming-up.
0815 - mula larian
1015 - penyampaian hadiah dan gotong-royong kebersihan tmpt
1130 - bersurai
 
Para ibu bapa penjaga diminta untuk
mematuhi segala arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak kem sepanjang berada di dalam kem. Kerjasama para ibu bapa / penjaga dihargai agar sama-sama kita menjaga nama baik SRIAAK & anak-anak kita.
 
Terima kasih.

Download Template Joomla 3.0 free theme.

Jumlah Pelawat

070422
Hari iniHari ini60
Jumlah Sehingga KiniJumlah Sehingga Kini70422

Hubungi SRIAAKL

Hubungi sekolah untuk sebarang soalan atau pertanyaan.

  • Hot line: 03 4251 6157/4251 6157