|
JABATAN PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN 2010 MENGUCAPKAN SELAMAT BERJAYA KEPADA SEMUA PELAJAR AL-AMIN YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN BERMULA 24 MEI SEHINGGA 3 JUN 2010. BANYAKKAN ULANGKAJI DAN BERDOA PADA ALLAH AGAR BEROLEH KEJAYAAN YANG CEMERLANG.  |
|
|

TAQWIM SEKOLAH BULAN MEI & JUN 2010 | TARIKH HARI | MASA | PROGRAM | TERLIBAT | | 5 Mei ( Rabu) | 10.30am- 12.00pm | Hari bersama POLIS Ceramah berkaitan Menjaga Keselamatan Diri | Semua Murid | | 11Mei – 3Jun | Waktu kelas al-Quran | Ujian hafazan & Tilawah Peperiksaan Pertengahan Tahun | Semua murid | | 15Mei ( Sabtu ) | 8.00am – 12.00pm | Gotong Royong Perdana anjuran PIBG | semua PIBG | | 24Mei – 3Jun | P&P | Peperiksaan Pertengahan Tahun | Semua murid | | 4Jun ( Jumaat ) | 7.30am – 11.00am | Sambutan Hari Guru peringkat sekolah | Semua guru dan murid | | 5Jun – 20Jun | | CUTI PENGGAL 1 | | | 7-8 Jun 15 – 18Jun | | Kelas Tambahan PEKERTI untuk tahun 6 | Murid tahun 6 | | 9 – 12 Jun ( Rabu – Sabtu) | | Pentauliahan Sarjan TKRS di SMI Hira Jeram, Kuala selangor. | Murid berpangkat koperal | | 26 Jun ( Sabtu ) | 8.30am-12.30pm | Hari Penyerahan Kad Laporan | Murid&ibubapa | |
|
|

Dimaklumkan bahawa di bawah ini disenaraikan peraturan-peraturan murid untuk makluman ibu bapa:
1. Pakaian Murid - Murid-murid hanya dibenarkan memakai uniform sekolah, t-shirt TKRS dan t-shirt sukan apabila berada di dalam kawasan sekolah.
2. Murid Pulang Lewat - Bagi murid pagi yang pulang lewat selepas 3.30 petang tanpa ada sebarang urusan sekolah seperti kelas tambahan anjuran sekolah atau kelab tahfiz, ibu bapa dikehendaki membuat surat kepada pihak sekolah dan nyatakan sebab mengapa anak anda masih berada di sekolah setelah tamat waktu persekolahan.
3. Barang-barang Larangan - Sebarang bentuk permainan kecuali yang dibenarkan oleh pihak sekolah (hanya yang berbentuk pendidikan) selepas peperiksaan akhir tahun sahaja. - Sebarang bentuk permainan sama ada elektronik ataupun bukan elektronik. - Sebarang jenis majalah, komik dan novel yang bukan bentuk ilmiah dan islamik. - Barang kemas dan perhiasan diri (kecuali mendapat kebenaran). - Telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa ke sekolah. - Pen marker, liquid paper, pembaris besi, puncher, stapler, pisau, gunting (untuk pendidikan seni sahaja) highlighter hanya dibenarkan kepada murid tahun 4, 5 dan 6 sahaja. - Bola sepak, bola tampar, bola jaring dan sebagainya tidak dibenarkan dibawa ke sekolah. - Barang-barang lain yang difikirkan mengganggu pengajaran dan pembelajaran mengikut budi bicara Guru Besar. Sekian untuk makluman tuan/puan. Segala kerjasama yang diberi diucapkan terima kasih.
Ketua Jabatan Hal Ehwal Murid (HEM), SRIAAKL. |
|
 Sample image Selamat datang kepada para pengunjung semua! Web portal sekolah diwujudkan bertujuan memberi input bermanfaat kepada seluruh warga sekolah Al-Amin selain dapat menyebarkan maklumat dan informasi terkini kepada para ibu bapa pelajar dan orang ramai. Dengan terlancarnya web portal sekolah ini, diharap dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala antara pihak pengurusan sekolah dan ibu bapa. Selamat melayari web portal sekolah dan semoga beroleh manfaat! Web Portal ini masih dalam percubaan. Hubungi Administrator untuk bantuan. |
|
Baca lagi...
|
|
|
<< Awal < Sebelumnya 1 2 Berikutnya > Tamat >>
|
| Keputusan 7 - 10 dari 10 |