Pada 4 – 5 Mei 2024, Unit Pengawas Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak (SMIAAG) telah mengadakan Kursus Kepimpinan Pengawas Siri II, 2024 bertempat di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Kursus ini telah dihadiri oleh 45 orang pengawas terdiri daripada pengawas Tingkatan 2 sehingga Tingkatan 5 dan 4 orang guru.
Antara objektif kursus ini adalah untuk memberikan pengetahuan dan kefahaman tentang teori serta amalan protokol bagi kemahiran sosial dalam urusan pengendalian majlis rasmi. Selain itu, peserta-peserta juga dilatih kemahiran pengucapan awam khususnya semasa menguruskan majlis-majlis rasmi di sekolah.
Kursus ini turut dikendalikan oleh alumni SMIAAG sebagai fasilitator iaitu
- Muhammad Amir Luqman bin Amran (Ketua Umum 2018)
- Amirul Irfan bin Shahrul Izar (Ketua Badan Wakil Pelajar 2018)
- M Syaqiff bin Rosly (Ketua Quarter Master 2018)
- Athirah Fathiah binti Fakhruzazi (Amirah Andalus 2018)
- Balqis binti Jusni (Penolong Ketua Badan Wakil Pelajar 2018)
- Maisarah binti Mohd Solahuddin (Penolong Ketua Umum 2017).
Tahniah diucapkan kepada semua pengawas yang telah menyertai kursus ini. Semoga melalui kursus ini, pemimpin-pemimpin hebat dapat dilahirkan dan bakal menerajui kepimpinan “Soleh Wa Musleh”
Jabatan Hal Ehwal Murid