Makluman
  1. KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SIRI II 2024
  2. SAMBUTAN HARI GURU SMIAAG 2024
  3. CALON SPM 2023 SMIAAG DAPAT MODUL YAPEIM
  4. SELAMAT MENDUDUKI UJIAN AMALI SPM 2023
  5. SMIAAG ANJUR PERKHEMAHAN PERDANA AL-AMIN 2023
  6. AHLAN WA SAHLAN SMP ISLAM AL AZHAR
  7. SMIAAG MENDAPAT TEMPAT PERTAMA BAGI UNIVERSAL ROBOTIC CHALLENGE 2023 (URC)
  8. KEM KECEMERLANGAN SALAZAR SIRI 2 / 2023
  9. SM ISLAM AL-AMIN GONDOL TEMPAT PERTAMA,KEDUA MISTAC KATEGORI P15
  10. 🍱 MAJLIS MAKAN MALAM AMAL WAFA 🍱
  11. SM ISLAM AL-AMIN GOMBAK MENJADI JUARA & TEMPAT KETIGA BAGI PERTANDINGAN ROBOTIK SIMPAN SSPN SEMPENA KEMPEN BULAN MENABUNG SIMPAN SSPN (BMS) 2023
  12. PENGISYTIHARAN PEMBUBARAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL-AMIN GOMBAK SESI 2022/2023
  13. [PROGRAM KEBITARAAN SEKOLAH 2023] EKSPIDISI TINGKATAN TIGA 2023 MENAWAN PUNCAK GUNUNG LEDANG
  14. MESYUARAT PEMBUBARAN MPP SESI 2022/2023
  15. PENCAPAIAN PELAJAR BAGI PERTANDINGAN GOLF PERINGKAT MSSS GOMBAK
  16. PROGRAM KEBITARAAN SMIAAG: KEM PERKHEMAHAN ASAS 2023
  17. MINGGU 4K PERINGKAT SM ISLAM AL-AMIN
  18. UNIVERSAL ROBOTIC CHALLENGE 2022 (URC)
  19. 8TH KONTES ROBOT NUSANTARA (KRON), 2022
  20. PENGAMBILAN PELAJAR BARU SESI 2023/ 2O24
  21. PERMOHONAN KEMASUKAN MURID BAHARU TINGKATAN 1-5 SESI 2022 SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL-AMIN GOMBAK
  22. KEPUTUSAN RASMI PILIHAN RAYA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SMIAAG 21/22
  23. TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA PELAJAR BATCH ZUAMA SPM 2020
  24. CERAMAH : PENYALAHGUNAAN DADAH DAN INHALAN
  25. CERAMAH | BAHAYA ROKOK DAN VAPE
  26. PROGRAM PENCEGAHAN ANTI DADAH, ROKOK DAN INHALEN (DARIH) 2021
  27. SALAM AIDIL FITRI
  28. SELAMAT HARI GURU 2021
  29. MAJLIS APRESIASI PELAJAR TINGKATAN 1 - 4 2020
  30. TAKZIAH CIKGU NURUL JANNAH BINTI BAHARI
  31. KONVENSYEN IBU BAPA BARU BAGI 2021
  32. KEMASUKKAN PELAJAR TINGKATAN 1 SESI 2021
  33. MEMO PERINGATAN COVID-19
  34. PERTANDINGAN GOLF SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH MSSD 2020
  35. KONVENSYEN IBUBAPA BARU PUSAT PENDIDIKAN AL-AMIN 2020
  36. SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
  37. SELAMAT DATANG PELAJAR BARU KE SMIAAG
  38. KARNIVAL JUALAN BUKU SMIAAG 2020
  39. KEPUTUSAN AKHIR TAHUN DAN HARI APRESIASI T1, T2 DAN T4
  40. SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2019
  41. SMIAAG NAIB JOHAN DEBAT BAHASA MELAYU PIALA TUN RAZAK 2019
  42. SMIAAG JUARA PERTANDINGAN PIDATO BAHASA MELAYU
  43. MINGGU ORIENTASI YANG MELIBATKAN SEMUA PELAJAR SMI AL-AMIN GOMBAK
  44. XPLORACE 2018: MERENTASI SEMPADAN, MELUASKAN PEMIKIRAN
  45. SMIAAG JUARA 16TH IIUM INTERSCHOOL DEBATING CHAMPIONSHIP
  46. KARNIVAL JOM SAINS 2018, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA.
  47. SMIAAG NAIB JOHAN PERTANDINGAN DEBAT PIALA PENGARAH KAMPUS, DPPK (LIGA IPT)
Image Banner

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SIRI II 2024

Pada 4 – 5 Mei 2024, Unit Pengawas Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak (SMIAAG) telah mengadakan Kursus Kepimpinan Pengawas Siri II, 2024 bertempat di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Kursus ini telah dihadiri oleh 45 orang pengawas terdiri daripada pengawas Tingkatan 2 sehingga Tingkatan 5 dan 4 orang guru.

Antara objektif kursus ini adalah untuk memberikan pengetahuan dan kefahaman tentang teori serta amalan protokol bagi kemahiran sosial dalam urusan pengendalian majlis rasmi. Selain itu, peserta-peserta juga dilatih kemahiran pengucapan awam khususnya semasa menguruskan majlis-majlis rasmi di sekolah.

Kursus ini turut dikendalikan oleh alumni SMIAAG sebagai fasilitator iaitu

  1. Muhammad Amir Luqman bin Amran (Ketua Umum 2018)
  2. Amirul Irfan bin Shahrul Izar (Ketua Badan Wakil Pelajar 2018)
  3. M Syaqiff bin Rosly (Ketua Quarter Master 2018)
  4. Athirah Fathiah binti Fakhruzazi (Amirah Andalus 2018)
  5. Balqis binti Jusni (Penolong Ketua Badan Wakil Pelajar 2018)
  6. Maisarah binti Mohd Solahuddin (Penolong Ketua Umum 2017).

Tahniah diucapkan kepada semua pengawas yang telah menyertai kursus ini. Semoga melalui kursus ini, pemimpin-pemimpin hebat dapat dilahirkan dan bakal menerajui kepimpinan “Soleh Wa Musleh”

Jabatan Hal Ehwal Murid

LAGI

SAMBUTAN HARI GURU SMIAAG 2024

[SAMBUTAN HARI GURU 2024]

Pucuk bertemu subur Meranti,
Tumbuh dihutan sejajar Ara,
Ilmu Guru sukar diganti,
Mendidik watan maju negara.

Pada 16 Mei 2024 (Khamis) telah berlangsungnya Sambutan Hari Guru SMIAAG. Tahun ini, tema Sambutan Hari Guru ialah “Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara”.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah diberi mandat bagi perlaksanaan Majlis Sambutan Hari Guru kali ini. Pelbagai aktiviti telah disusun bagi meraikan guru-guru SMIAAG dengan gilang-gemilang. Antaranya, pertandingan liga Bola Tampar dan Futsal, Explorace, serta kuiz dalam talian. Selain itu, sambutan Hari Guru kali ini turut meraikan persaraan Ustaz Abdul Aziz B Sheikh Ahmad yang telah tamat berkhidmat.

Sedikit bingkisan tema, bagi mencapai negara yang serba maju daripada pelbagai aspek termasuk sisi manusiawi, negara amat memerlukan generasi yang berupaya mengisi masa hadapan yang serba digital, justeru perlu dididik oleh para ilmuwan dan pendidik manusiawi yang juga cerdas akan dunia digital bagi memberikan bimbingan dan tarbiah yang terbaik.

Semoga sambutan kali ini sedikit sebanyak menjadi ruang dan peluang dalam menghargai jasa guru-guru SMIAAG.

Dari Meja Editor

LAGI

CALON SPM 2023 SMIAAG DAPAT MODUL YAPEIM

Di bawah Program Inspirasi Pendidikan YaPEIM- Seramai 119 calon yang akan menduduki peperiksaan SPM 2023 akan menerima modul bagi subjek Bahasa Melayu dan Sejarah.

Modul ini merupakan suntikan terakhir kepada calon SPM untuk mempersiapkan diri dengan bentuk soalan yang bakal dihadapi kelak. Kesediaan soalan-soalan yang menepati standard soalan sebenar peperiksaan SPM yang digubal oleh guru-guru pakar yang dilantik.

Majlis simbolik penyerahan modul serta lawatan sulung oleh Tuan Hj. Yaacob Bin M.Alias, Ketua Penyelaras Sumber Dana Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri Selangor ke Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak telah membuka pintu diplomasi dan kolaboratif pihak YAPEIM bersama SMIAAG demi pendidikan. Majlis ini juga dihadiri oleh Pn. Alia Binti Md. Nazir, Pengetua SMIAAG bersama Ust Shahrul Nizam Bin Shahdan, PK Kurikulum SMIAAG.

Pn. Alia Binti Md. Nazir, Pengetua SMIAAG menyatakan pembekalan modul SPM YaPEIM ini ternyata akan memberi impak positif dalam pencapaian pelajar dan sekolah secara amnya, khususnya bagi dua mata pelajaran wajib lulus ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih di atas usaha YaPEIM dalam menyediakan modul untuk membantu para pelajar selain mengharapkan usaha sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.

LAGI

SELAMAT MENDUDUKI UJIAN AMALI SPM 2023

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

*SELAMAT MENDUDUKI UJIAN AMALI SAINS SPM 2023*

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan seluruh warga SMIAAG ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya Kepada semua calon yang akan menduduki Peperiksaan Ujian Amali Sains SPM . Semoga calon-calon beroleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan yang akan berlangsung dari 5 - 7 Disember ini ..

*Selamat maju jaya!*


MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
SMI AL AMIN GOMBAK

LAGI

SMIAAG ANJUR PERKHEMAHAN PERDANA AL-AMIN 2023

Program: Perkhemahan Perdana AL-Amin 2023

Tarikh: 10 – 12 November 2023

Hari: Jumaat - Ahad

Program ini merupakan satu inisiatif program di bawah Jabatan Kokurikulum yang dilaksanakan bagi memperkasakan ahli-ahli dalam badan beruniform di Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak.

Program ini juga membuka peluang kepada ahli semua badan beruniform melibatkan diri dalam perkhemahan dan pertandingan kemahiran-kemahiran ahli beruniform. Pada masa yang sama, sekolah ingin mencungkil bakat dan potensi pelajar serta menjadikan perkhemahan ini sebagai platform pembelajaran di luar bilik darjah bagi membina sifat kepimpinan dalam diri pelajar.

Semoga usaha kecil ini menjadi batu bata dalam pembentukan nilai-nilai baik dalam diri pelajar dan melahirkan pelajar Soleh wa Musleh.

Klik di sini untuk senarai main video program berkenaan.

Unit Kokurikulum

SM Islam Al-Amin Gombak

 

LAGI

Image News
Image News

Image Banner

Lokasi


Pertanyaan