Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak

PROGRAM REMAJA SOLEHAH

12-Mar-2020

LAWATAN PENGAWAS TARBIYAH (BADAR)

12-Mar-2020

MINGGU PEDULI UMMAH

12-Mar-2020

PENTAULIAHAN KOPERAL DAN LANS KOPERAL TKRSM

12-Mar-2020


Image News
PROGRAM REMAJA SOLEHAH
12-Mar-2020

Program Remaja Solehah (PRS) diadakan setiap hari Jumaat pada waktu murid banin solat Jumaat. 

Antara aktiviti mingguan ialah public speaking, kemahiran remaja, let's zumba dan lain-lain.

.... Selanjutnya


Image News
LAWATAN PENGAWAS TARBIYAH (BADAR)
12-Mar-2020

Lawatan Pengawas Tarbiyah (BADAR) ke Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Amin pada7 Mac 2020.

.... Selanjutnya


Image News
MINGGU PEDULI UMMAH
12-Mar-2020

Minggu Peduli Ummah telah diadakan pada 2 hingga 6 Mac 2020. Program ini adalah program tahunan di bawah Unit Tarbiyah. 

Antara aktiviti yng diadakan adalah pameran, ceramah Palestin, melukis poster, lawatan ke sekolah Rohingya dan lain-lain.

.... Selanjutnya


Image News
PENTAULIAHAN KOPERAL DAN LANS KOPERAL TKRSM
12-Mar-2020

Majlis pentauliahan Koperal dan Lans Koperal TKRSM SRIAAG telah diadakan pada 26 Februari 2020 pada jam 2.30 petang. Majlis telah disempurnakan oleh Komanden SRIAAG, Puan Nazariah binti Abdul Rahman.

.... Selanjutnya


Image News
KEJOHANAN OLAHRAGA DAN BALAPAN MSSD
12-Mar-2020

SRIAAG beraksi dalam Kejohanan Olahraga dan Balapan MSSD di stadium UIA pada 25 hingga 27 Februari 2020. Pihak sekolah telah menghantar penyertaan dalam acara lontar peluru, 100 meter, 200 meter, lari berpagar dan 4x100 meter bagi kategori lelaki & perempuan. Walaupun ada acara hanya peringkat saringan, namun ada juga acara hingga ke peringkat separuh akhir dan akhir. Alhamdulillah, Adam Rayyan Hafiy telah berjaya mendapat tempat ketiga bagi acara 200 meter.

Tahniah diucapkan kepa .... Selanjutnya


Image News
WATIKAH PERLANTIKAN KETUA KELAS DAN PENOLONG
12-Mar-2020

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas bagi tahun 2020 telah diadakan pada 24 Februari 2020. Sijil telah disampaikan oleh Penolong Kanan Kurikulum, muallimah Bibi Ratna binti Maidinsah.

.... Selanjutnya


Image News
KURSUS KEPIMPINAN BADAN KEPIMPINAN SEKOLAH
12-Mar-2020

22 Februari 2020, telah diadakan satu kursus Kepimpinan Badan Kepimpinan Sekolah Tahap 2. Kursus peringkat dalaman ini telah diadakan di Dewan Bukhari, Surau Jumuah Al-Amin.

.... Selanjutnya


Image News
TAKLIMAT PELAPORAN PENTAKSIRAN PPSA DAN PPSR
12-Mar-2020

22 Februari 2020, telah diadakan Majlis Taklimat Pelaporan Pentaksiran PPSA dan PPSR bagi ibu bapa murid tahun 4 2020.

.... Selanjutnya


Image News
SAMBUTAN HARI BAHASA IBUNDA ANTARABANGSA
12-Mar-2020

Pada 21 Februari 2020, Majlis Sambutan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa. Bagi memeriahkan lagi majlis tersebut, pihak sekolah telah menghantar Pengawas BADAR serta guru penasihat Muallimah Ruslina binti Mustafa telah mengadiri majlis tersebut.

.... Selanjutnya


Image News
PENJENAMAAN SEMULA BILIK UBK
12-Mar-2020

Pada 19 Februari 2020, satu Majlis Penjenamaan Semula Bilik UBK, Unit Bimbingan dan Kaunseling. Bilik UBK akan dikenali dengan nama SOUL GARDEN SRIAAG. Majlis telah dirasmikan oleh Guru Besar, Puan Nazariah binti Abdul Rahman.

.... Selanjutnya


Image News
JEMPUTAN SUKAN SEKOLAH ADNI (PUTERA)
12-Mar-2020

SRIAAG telah menghantar peserta untuk acara 100 meter dan 4x100 meter ke sukan Sekolah ADNI untuk peserta banin yang telah diadakan pada Sabtu, 15 Februari 2020. SRIAAG berjaya memperoleh pingat emas dalam acara 100 meter dan pingat perak bagi acara 4x100 meter.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta, jurulatih dan guru pengiring di atas kejayaan yang telah diperolehi.

.... Selanjutnya


Image News
MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN BADAN KEPIMPINAN MURID 2020
12-Mar-2020

Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Badan Kepimpinan Murid 2020 telah diadakan pada 17 Februari 2020. Sijil telah disampaikan oleh pegawai polis dari Balai Polis Gombak.

.... Selanjutnya


Image News
BOLA JARING MSS SELANGOR
12-Mar-2020

Syabas diucapkan kepada Husna Humaira binti Muhammad Fakharuddin dari kelas 6 Usaamah kerana telah terpilih mewakili daerah Gombak dalam acara Bola Jaring ke peringkat Negeri. Tahniah juga kepada  muallimah Shakeela binti Khalid selaku pengurus, jurulatih dan guru pengiring. Latihan pusat diadakan pada 17 hingga 21 Februari 2020 bertempat di SK Gombak Setia. Pertandingan peringkat negeri diadakan pada 24-25 Februari 2020 di Kompleks Rakan Muda, Puchong.

.... Selanjutnya


Image News
JEMPUTAN SUKAN SEKOLAH ADNI (KATEGORI PUTERI)
12-Mar-2020

SRIAAG telah menghantar wakil menyertai sukan tahunan Sekolah ADNI untuk Banat dalam acara 100 meter dan 4x100 meter. Sukan yang diadakan di Stadium UIA ini menyaksikan persaingan antara 6 buah sekolah. Alhamdulillah, SRIAAG berjaya memperoleh tempat ketiga dalam kedua-dua acara. Tahniah diucapkan kepada semua!

.... Selanjutnya


Image News
LAWATAN DARI SD MUHAMMADIYAH 8 DAN 10
12-Mar-2020

Pada 13 Februari 2020, SRIAAG telah menerima tetamu dari SD Muhammadiyah 8 dan 10 dari Daerah Banjarmasin, Kalimantan Selatan seramai 42 orang. Rombongan studi banding ini telah diberi sedikit penerangan tentang sekolah dan PPAAB oleh Guru Besar, Puan Nazariah binti Abdul Rahman.

.... Selanjutnya


Image Banner