Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak

KURSUS BADAN KEPIMPINAN MURID KALI KE 2

19-Jul-2019

EKSPLORASI KEMERDEKAAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON TENGAH

19-Jul-2019

PERTANDINGAN CHORAL SPEAKING

19-Jul-2019

HARI PERBINCANGAN PRESTASI KEMENJADIAN MURID

19-Jul-2019


Image News
KURSUS BADAN KEPIMPINAN MURID KALI KE 2
19-Jul-2019

Pada 13 Julai 2019 yang lalu, telah diadakan kursus Badan Kepimpinan Murid 2019 untuk kali ke-2. Kursus ini bertemakan "Leaders of The Ummah". Kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Murid ini telah dikendalikan oleh IQ Power Training & Consultant dari Negeri Sembilan.

.... Selanjutnya


Image News
EKSPLORASI KEMERDEKAAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON TENGAH
19-Jul-2019

Syabas diucapkan kepada 11 orang wakil Tunas Kadet Remaja Sekolah SRIAAG yang telah menyertai Eksplorasi Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan zon tengah yang telah diadakan di SK Sungai Pusu pada 13 Julai 2019 yang lalu. Mendapat pengalaman baru apabila bergabung dengan rakan-rakan unit beruniform lain dari sekolah-sekolah luar. Tahniah kerana kumpulan yang disertai kadet SRIAAG termasuk dalam kumpulan-kumpulan yang memenangi beberapa pertandingan.

.... Selanjutnya


Image News
PERTANDINGAN CHORAL SPEAKING
19-Jul-2019

Tahniah diucapkan kepada Mlmh Nurul Nuha dan Mlmh Hanani Nabilah kerana telah melatih dan mengiringi pasukan Choral Speaking SRIAAG ke pertandingan Choral Speaking peringkat daerah Gombak pada 24 Jun 2019 di SK Bandar Baru Rawang. Syabas diucapkan kepada pasekan Choral Speaking kerana telah memberi komitmen sepanjang latihan dan memberi saingan kepada 10 buah sekolah yang bertanding.

.... Selanjutnya


Image News
HARI PERBINCANGAN PRESTASI KEMENJADIAN MURID
19-Jul-2019

Hari Perbincangan Prestasi Kemenjadian Murid penggal 1 telah diadakan pada 22 Jun 2019.

.... Selanjutnya


Image News
BICARA BERIRAMA
19-Jul-2019

SRIAAG telah menghantar penyertaan ke Karnival Bicara Berirama peringkat daerah Gombak yang telah diadakan di SK Klang Gate pada 16 Julai 2019 yang lalu. Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan Bicara Berirama SRIAAG kerana mendapat tempat kelima daripada sembilan buah sekolah.

.... Selanjutnya


Image News
KUNJUNGAN YANG BERHORMAT TIMBALAN MENTERI KEWANGAN MALAYSIA
14-Jun-2019

Kunjungan Yang Berhormat Dato' Haji Ir. Amiruddin Hamzah, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia ke Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak pada 12 Jun 2019 bersamaan hari Rabu.

.... Selanjutnya


Image News
PROGRAM REMAJA SOLEHAH
11-May-2019

Program Remaja Solehah, diadakan pada setiap hari Jumaat bertujuan untuk melahirkan murid yang solehah dan serba boleh serta berilmu dalam menghadapi kehidupan seharian nanti.

 

.... Selanjutnya


Image News
TAHNIAH!
03-May-2019

Syabas atlit olahraga sekolah kerana berjaya menggondol emas untuk aca 100m dan 4x100m lelaki dalam Temasya Sukan Tahunan ADNI.

.... Selanjutnya


Image News
TEMASYA SUKAN SRIAAG
03-May-2019

Alhamdulillah, selesai sudah Temasya Sukan Tahunan kali ke 29. Jutaan terima kasih kepada PIBG yang banyak menyumbang untuk kelancaran sukan. Tidak lupa juga terima kasih kepada semua penyumbang yang memberi sumbangan wang, minuman, tenaga dan sebagainya. Semoga Allah murahkan rezeki kalian. Syabas kepada pasukan Uhud kerana berjaya menjadi juara tahun ini, diikuti dengan rumah Tabuk, Khandak dan Badar.

.... Selanjutnya


Image News
FIRE DRILL
03-May-2019

Pada 13 dan 14 Mac 2019, telah diadakan Latihan Kebakaran.

.... Selanjutnya


Image News
SUUQUL ARABIY
02-May-2019

Pada 18 April 2019 yang lalu, telah diadakan Suuqul Arabiy, Sekolah Rendah Islam Al Amin Gombak. Program ini adalah antara aktiviti Bulan Bahasa Arab. Semua murid tahun 6 terlibat. Aktiviti yang sangat menarik untuk menggalakkan murid-murid bertutur dalam Bahasa Arab.

.... Selanjutnya


Image News
KEJOHANAN SUKAN NASIONAL (KESUNAS SRI 2019)
02-May-2019

Pada 28 hingga 30 April 2019, SRIAAG telah menghantar seamai 68 orang murid dan 6 orang guru pengiring ke Kejohanan Sukan Nasional (KESUNAS SRI 2019). Sebanyak 10 acara dipertandingkan, Futsal, Bola Jaring, Ping pong, Badminton, Memanah Moden, Memanah Tradisional, Renang, Lontar Peluru, Balapan 100m, Balapan 200m,Balapan 4x100m. Alhamdulillah, SRIAAG memenangi  2 perak dan 2 gangsa dalam acara 100m banin (Perak), Ping pong Beregu banat (Perak), Lontar Peluru banat (Gangsa) dan 4x100m banat ( .... Selanjutnya


Image News
KURSUS PENTAULIAHAN DAN KENAIKAN PANGKAT SARJAN TKRSM
02-May-2019

Pada 24 hingga 28 Mac 2019 yang lalu, pihak sekolah telah menghantar seramai 26 orang koperal TKRSM, 17 syabab dan 9 fatayat ke Kursus Pentauliahan dan Kenaikan Pangkat Sarjan TKRSM. Alhamdulillah, kesemua mereka lulus dengan Kepujian. Kursus yang telah diadakan di D'Amir Chalet, Kg Bharu, Sitiawan, Perak ini diiringi oleh Leftenan Muda KRSM Sahinal Azral bin Sulaiman dan Leftenan Muda KRSM Nurmainis binti Omar. Para Sarjan ini telah dilatih oleh Leftenan Muda KRSM Shakeela binti Khalid.

.... Selanjutnya


Image News
SAMBUTAN HARI GURU 2019 SRIAAG
30-Apr-2019

Sambutan Hari Guru SRIAAG telah diadakan pada 22 April 2019. Majlis diserikan dengan persembahan oleh guru-guru dan barisan Nuqaba, Badan Kepimpinan Murid SRIAAG.

Selanjutnya


Image News
TAHNIAH
30-Apr-2019

Pada 28/4/2019, Amirul Iman bin Harmaini telah menyertai Intel Aspire Minds Innovation Space Challenge: Drone Race. 
Tahniah diucapkan kepada Amirul Iman kerana berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan ini dan telah dianugerahkan "Top Coder Award". Semoga terus menjadi inspirasi buat rakan-rakan lain.

.... Selanjutnya


Image Banner