Pelancaran telah dirasmikan oleh Guru Besar Muallimah Nazariah Binti Abdul Rahman.
Program ini berlangsung selama sebulan. Bermula 2 - 30 Ogos. Pelbagai aktiviti yang telah diadakan untuk murid tahap 1 dan 2.
Semoga semangat Cintai Negara terus tersemai dalam diri murid-murid.
Seramai 6 orang murid SRIAAG berjaya melepasi kuiz pertama peringkat negeri yang diadakan pada 25 Jun yang lalu. Wakil SRIAAG akan bertanding di peringkat Kebangsaan dengan pasukan masing-masing pada 6-8 September 2022.
3 pasukan ini dilatih oleh Coach Hafizuddin .
Semoga berjaya Team Bright Coders, Roarbot Cadets dan Sussy Cat.
Pada 29 Julai 2022, Kelab Robotik sekolah telah menghantar dua pasukann ke Pertandingan Petrosains RBTX Challenge 2022. Pertandingan ini memerlukan para peserta merakam pergerakan robot masing-masing dan menghantarnya ke link yang ditetapkan.
SRIAAG diwakili oleh Umair El Muhajir dan Aisy Naufal serta Nadine Ayra bersama pasangannya, Aisyah binti Luqman. Mereka dilatih oleh Coach Muhammad Hafizuddin.
Program Meniti Usia Baligh diadakan untuk murid tahap 2 dan dianjurkan oleh Unit Tarbiyah Murid SRIAAG. Pihak sekolah berbesar hati menjemput Akhi Fairuz Al-Jengkawi, seorang konsultan motivasi terkenal di tanah air. Program diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan maklumat mengenai proses baligh dan tujuan diciptakan manusia berbeza jantina. Selain itu, program ini juga memberi pendedahan kepada murid perkara yang berkaitan pendidikan seksualiti serta cara pengurusan diri semasa remaja. Murid juga didedahkan dengan cara mendepani cabaran remaja masa kini. Program yang berlangsung selama dua jam ini banyak memberi manfaat kepada murid-murid. Siri 2 dan 3 akan menyusul dengan tajuk yang berbeza. Semoga murid-murid mendapat manfaat dari program-program ini.
Sek Ren Islam Al-Amin Gombak telah kehilangan sebutir permatanya pada 19 Jun 2022. Seluruh warga Al-Amin berdukacita di atas pemergian guru yang dikasihi Almarhumah Mlmh Siti Maimunah bt Tamam. Semoga Allah mengampuni dosa arwah dan menempatkannya di kalangan hambaNya yang soleh.
Tahniah Mlm Sahinal Azral bin Sulaiman kerana terpilih untuk menerima anugerah Guru Inovatif sekolah swasta dalam Majlis Sambutan Hari Guru peringkat daerah Gombak. Hadiah telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali. Majlis telah diadakan di Kolej Vokasional Gombak pada 29 Mei 2022 yang lalu.
Syabas muallim.Teruskan kecemerlangan anda.
Pada 31 Mei 2022, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor bahagian swasta telah mengadakan lawatan kunjung bantu ke SRIAAG. Banyak tips dan maklumat yang pihak sekolah peroleh sebagai panduan dan pedoman untuk lebih cemerlang. Hasil pemantauan, sangat baik.
Permohonan telah dibuka bermula 1 Januari 2022 hingga 30 Julai 2022.
Sila layari laman sesawang www.al-amin.edu.my/sriaag untuk pendaftaran dalam talian.