Utama > Tahfiz

02-Mar-2026

✨ Matlamat Program

 

  • Membimbing murid menguasai tahfiz secara berperingkat.
  • Menanam kecintaan terhadap al-Quran sejak usia muda.
  • Melahirkan generasi berakhlak mulia, berilmu, dan beriman yang menghafal alquran.
  • Mempersiapkan murid sebelum melangkah ke sekolah menengah Tahfiz dengan asas hafazan yang kukuh.
  • Memberi pendedahan kepada teknik dan cara-cara menghafal al-Quran secara sistematik dan berkesan.

 

📖 Program Tahfiz (Terpilih – 1-2 Kelas Sahaja)

Syarat: Hanya murid yang melepasi tapisan akan mengikuti program ini.

Silibus Mengikut Tahun

  • Tahun 1
    Bermula penggal ke-2: Surah An-Nas hingga Surah Al-Fajr
  • Tahun 2
    Surah Al-Fajr hingga Surah An-Naba
  • Tahun 3
    Surah-surah pilihan serta 1–3 surah dari Juz 29 (jika berkesempatan)
  • Tahun 4
    Juz 29
  • Tahun 5
    Juz 28
  • Tahun 6
    Juz 1

 

⏰ Masa Program

  • Tahun 1 – Tahun 6 (kecuali Tahun 3): 7.00 pagi – 8.00 pagi
  • Tahun 3: Sepanjang waktu persekolahan